Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bab 7

34. Alasan bangkangan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen 35(3), pendaftaran cap dagangan boleh dibangkang oleh tuan punya berdaftar jika dia atau pendulunya dalam perniagaan atau orang yang berada di bawah kawalan atau kuasanya telah menggunakan cap dagangan itu secara berterusan—

(a)

dari tarikh sebelum penggunaan cap dagangan pemohon atau pendulunya dalam perniagaan atau oleh seseorang yang berada di bawah kawalan atau kuasanya; atau

(b)

dari tarikh sebelum tarikh pemfailan permohonan oleh pemohon.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pendaftaran cap dagangan boleh dibangkang oleh mana-mana orang—

44

Undang-Undang Malaysia

(a)

atas apa-apa alasan di bawah seksyen 23 atau 24;

(b)

atas alasan bahawa pemohon bukan tuan punya cap dagangan itu; atau

(c)

tertakluk pada subseksyen (3), atas alasan bahawa—

(i)

cap dagangan itu serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia dan ia hendak didaftarkan untuk barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia itu; atau

(ii)

cap dagangan itu hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia dan ia hendak didaftarkan untuk barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia itu.

(3)

Alasan bangkangan di bawah perenggan (2)(c) boleh dibangkitkan jika penggunaan cap dagangan yang dibangkang itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan yang dibangkang itu hendak didaftarkan—

(a)

akan menunjukkan hubungan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya cap dagangan terkenal yang terdahulu itu;

(b)

akan mewujudkan kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana penggunaan sedemikian cap dagangan yang dibangkang itu; dan

(c)

berkemungkinan akan menjejaskan kepentingan tuan punya cap dagangan terkenal itu.

(4)

Alasan bangkangan yang disebut dalam perenggan (2)(c)

hanya boleh ditimbulkan untuk membangkang pendaftaran suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang dibuat pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

Report

Bab 8

Bahagian V

Pembahagian dan Penggabungan

Bahagian VI

Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian VII

Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules