Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian VI · Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar

39. Tempoh dan pembaharuan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Pendaftaran cap dagangan hendaklah bagi tempoh sepuluh tahun dari tarikh pendaftaran dan boleh dibaharui di bawah subseksyen (2) bagi suatu tempoh lanjutan sepuluh tahun.

(2)

Pendaftaran cap dagangan boleh dibaharui, bagi beberapa atau semua kelas barang-barang atau perkhidmatan, atas permintaan tuan punya berdaftar mengikut bentuk yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(3)

Jika beberapa kelas barang-barang atau perkhidmatan pendaftaran perlu dibaharui, seksyen 37 boleh terpakai.

(4)

Jika permintaan bagi pembaharuan dibuat pada atau sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran, fi yang kena dibayar ialah fi pembaharuan sebagaimana yang ditetapkan.

(5)

Jika permintaan bagi pembaharuan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran, fi yang kena dibayar ialah fi pembaharuan sebagaimana yang ditetapkan dan suatu surcaj boleh dikenakan.

(6)

Permintaan bagi pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran.

(7)

Pembaharuan hendaklah berkuat kuasa dari habis tempoh pendaftaran terdahulu.

50

Undang-Undang Malaysia

(8)

Jika pendaftaran tidak dibaharui mengikut seksyen ini dan peraturan-peraturan yang disebut dalam subseksyen (4) atau (5), cap dagangan itu hendaklah disifatkan dikeluarkan.

(9)

Jika cap dagangan itu telah disifatkan dikeluarkan, tuan punya berdaftar boleh memohon bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan itu dalam masa enam bulan dari tarikh dikeluarkan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi kemasukan semula sebagaimana yang ditetapkan.

(10)

Jika kemasukan semula di bawah subseksyen (9) tidak dimohon dalam tempoh enam bulan dari tarikh cap dagangan itu disifatkan dikeluarkan, pendaftaran itu hendaklah terhenti.

(11)

Pembaharuan atau kemasukan semula pendaftaran suatu cap dagangan hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Report

Bahagian VII

Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules