Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bab 4

26. Tuntutan keutamaan bagi permohonan Konvensyen

Feedback & support
(1)

Seseorang, atau penggantinya dalam hakmilik, yang telah memfailkan permohonan Konvensyen, mempunyai hak keutamaan, bagi maksud memfailkan permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang sama bagi beberapa atau semua barang-barang atau perkhidmatan yang sama, bagi tempoh enam bulan dari tarikh pemfailan permohonan pertama itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

36

Undang-Undang Malaysia

(a)

tarikh pemfailan permohonan

Konvensyen yang pertama hendaklah merupakan tarikh yang berkaitan dalam menetapkan hak yang mempunyai keutamaan;

dan

(b)

kebolehdaftaran permohonan cap dagangan tidak disentuh oleh apa-apa penggunaan cap dagangan di

Malaysia dalam tempoh antara tarikh pemfailan permohonan pertama Konvensyen dengan tarikh permohonan cap dagangan yang sama di bawah Akta ini.

(3)

Jika hak keutamaan dituntut disebabkan suatu permohonan

Konvensyen di bawah subseksyen (1), permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang sama itu hendaklah menyatakan—

(a)

tarikh pemfailan permohonan

Konvensyen yang pertama;

(b)

negara Konvensyen yang permohonan Konvensyen itu pertama kali difailkan;

(c)

nombor permohonan atau pendaftaran bagi permohonan

Konvensyen yang diberikan oleh pihak berkuasa pendaftaran atau pihak berkuasa kompeten lain bagi negara Konvensyen yang berkaitan; dan

(d)

barang-barang atau perkhidmatan yang baginya tuntutan itu berkaitan.

(4)

Apa-apa pemfailan yang di dalam negara Konvensyen adalah bersamaan dengan pemfailan biasa mengikut negara, di bawah perundangan domestik negara itu atau suatu perjanjian antarabangsa, hendaklah dianggap sebagai memberikan hak keutamaan.

(5)

Permohonan terkemudian mengenai subjek yang sama dengan permohonan Konvensyen yang pertama, yang difailkan di dalam negara Konvensyen yang sama, hendaklah dianggap sebagai permohonan Konvensyen yang pertama (yang tarikh pemfailan itu ialah tarikh permulaan bagi tempoh keutamaan), jika pada masa permohonan terkemudian itu—

(a)

permohonan sebelumnya telah ditarik balik, tidak diteruskan atau ditolak, tanpa dibuka bagi pemeriksaan awam dan tanpa meninggalkan apa-apa hak yang belum

Cap Dagangan 37

diselesaikan; dan

(b)

ia belum lagi dijadikan sebagai asas untuk menuntut hak keutamaan.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), permohonan sebelumnya tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk menuntut hak keutamaan.

(7)

Hak keutamaan yang timbul daripada permohonan

Konvensyen boleh diserah hak atau dipindahkan bersama-sama dengan permohonan itu atau secara berasingan dan sebutan dalam subseksyen (1) mengenai “pengganti dalam hakmilik” bagi pemohon hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, suatu “pemfailan biasa mengikut negara” bermaksud pemfailan yang mencukupi untuk menetapkan tarikh permohonan itu difailkan di dalam negara itu, walau apa pun ketentuan permohonan itu kemudiannya.

Tuntutan keutamaan daripada permohonan luar negara lain yang berkaitan

Report

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian V

Pembahagian dan Penggabungan

Bahagian VI

Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian VII

Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules