Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIV · Ejen Cap Dagangan

95. Pengiktirafan ejen cap dagangan dan hal keadaan yang ejen cap dagangan berdaftar dikehendaki

Feedback & support
(1)

Apa-apa perbuatan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh

Akta ini untuk dilakukan oleh atau kepada seseorang yang berkaitan dengan tatacara permulaan, atau permohonan bagi pendaftaran cap dagangan, atau apa-apa tatacara yang berhubungan dengan suatu cap dagangan berdaftar, boleh dilakukan oleh atau kepada seorang ejen cap dagangan berdaftar yang diberi kuasa sewajarnya oleh orang itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Jika seseorang yang hadir di hadapan Pendaftar dalam suatu tatacara permulaan atau memohon bagi pendaftaran cap dagangan atau

Cap Dagangan 99

apa-apa tatacara yang berhubungan dengan suatu cap dagangan berdaftar, tidak bermastautin atau menjalankan perniagaan utamanya di Malaysia, dia hendaklah melantik dan memberi kuasa kepada ejen cap dagangan berdaftar untuk bertindak baginya.

(3)

Apabila dilantik dan diberi kuasa oleh orang itu untuk bertindak baginya di bawah subseksyen (2), ejen cap dagangan berdaftar itu hendaklah—

(a)

terus menjadi ejen bagi orang itu; dan

(b)

bertanggungjawab bagi segala tindakan, perkara dan benda yang dikehendaki untuk dilakukan oleh orang itu di bawah

Akta ini, melainkan jika dia ditamatkan oleh orang itu atau terhenti untuk bertindak baginya mengikut cara yang ditetapkan.

(4)

Jika ejen cap dagangan berdaftar yang bertindak bagi seseorang berniat untuk berhenti bertindak bagi pihak orang itu—

(a)

ejen cap dagangan berdaftar itu hendaklah memfailkan notis niat untuk berhenti bertindak bagi pihak orang itu dengan Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;

(b)

ejen cap dagangan berdaftar itu hendaklah memberitahu orang itu; dan

(c)

setelah mematuhi subperenggan (a) dan (b), ejen itu hendaklah terhenti menjadi ejen bagi orang itu.

Report

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules