Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XVII · Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

140. Penyampaian permohonan kepada Mahkamah dengan Pendaftar

Feedback & support
(1)

Suatu salinan tiap-tiap permohonan kepada Mahkamah, termasuk rayuan kepada Mahkamah Rayuan atau Mahkamah

Persekutuan, yang berhubungan dengan permohonan bagi pendaftaran atau cap dagangan berdaftar hendaklah difailkan dengan Pendaftar oleh pihak-pihak kepada permohonan itu di Mahkamah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa perlu menamakan Pendaftar sebagai suatu pihak.

(2)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar boleh mengubah status permohonan atau pendaftaran cap dagangan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar, tertakluk pada syarat, arahan, suruhan, perintah atau penghakiman

Mahkamah selanjutnya.

(3)

Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh

Cap Dagangan 131

Mahkamah apabila selesai permohonan yang difailkan di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan dengan Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(4)

Pendaftar, di bawah subseksyen (3), hendaklah mematuhi dan menguatkuasakan perintah atau penghakiman Mahkamah.

(5)

Jika Pendaftar berpendapat bahawa publisiti harus diberikan dalam menguatkuasakan perintah Mahkamah, dia boleh menyiarkannya dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Report

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules