Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian III · Daftar Cap Dagangan
15. Pemeriksaan Daftar
Feedback & support(1)
Daftar hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan atas permohonan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Tertakluk pada syarat dalam subseksyen (1), salinan yang diperaku atau cabutan apa-apa catatan dalam Daftar yang dimeteraikan dengan meterai Pendaftar hendaklah diberikan kepada mana-mana orang atas permohonan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.