Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian X · Pelesenan

70. Hak pemegang lesen dalam hal pelanggaran

Feedback & support
(1)

Seksyen ini berkuat kuasa berkenaan dengan hak pemegang lesen berhubung dengan pelanggaran cap dagangan berdaftar kecuali bagi seseorang pemegang lesen eksklusif di bawah subseksyen 71(1) dan (2), pemegang lesen berhak untuk membawa prosiding pelanggaran atas namanya sendiri.

(2)

Seseorang pemegang lesen adalah berhak, melainkan jika lesennya atau mana-mana lesen yang dalamnya kepentingannya diperoleh, memperuntukkan selainnya, untuk meminta tuan punya berdaftar cap dagangan itu untuk mengambil prosiding pelanggaran berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kepentingannya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), jika tuan punya berdaftar enggan atau tidak membawa prosiding pelanggaran dalam masa dua bulan selepas diminta, pemegang lesen boleh membawa prosiding itu atas namanya sendiri seolah-olah dia ialah tuan punya berdaftar.

(4)

Jika prosiding pelanggaran dibawa oleh seseorang pemegang lesen menurut seksyen ini, pemegang lesen itu tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, meneruskan tindakan itu melainkan jika tuan punya berdaftar itu dimasukkan sama ada sebagai plaintif atau ditambah sebagai defendan.

(5)

Subseksyen (4) tidak menyentuh pemberian relief interlokutori ke atas suatu permohonan oleh pemegang lesen secara berseorangan.

(6)

Seorang tuan punya berdaftar yang ditambah sebagai defendan di bawah subseksyen (4) tidak boleh dipertanggungkan dengan

Cap Dagangan 79

apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika dia mengambil bahagian dalam prosiding itu.

(7)

Dalam prosiding pelanggaran yang dibawa oleh tuan punya berdaftar, apa-apa kerugian yang dialami atau berkemungkinan dialami oleh seseorang pemegang lesen hendaklah diambil kira dan

Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah setakat yang plaintif memegang hasil apa-apa remedi kewangan bagi pihak seorang pemegang lesen.

(8)

Peruntukan seksyen ini terpakai berhubung dengan pemegang lesen eksklusif jika atau setakat yang dia ada, di bawah subseksyen 71(1) dan (2), hak dan remedi pemegang serah hak seolah-olah dia ialah tuan punya berdaftar cap dagangan itu.

Pemegang lesen eksklusif mempunyai hak dan remedi pemegang serah hak

Report

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules