Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIV · Ejen Cap Dagangan

97. Pendaftaran ejen cap dagangan

Feedback & support
(1)

Pendaftar hendaklah mendaftarkan seseorang sebagai ejen cap dagangan berdaftar jika dia memenuhi kehendak yang ditetapkan dan mencatatkan namanya dalam Daftar Ejen Cap Dagangan.

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, Pendaftar boleh—

(a)

memotong pendaftaran ejen cap dagangan atas alasan sebagaimana yang ditetapkan;

(b)

membenarkan pemotongan secara sukarela pendaftaran ejen cap dagangan atas permohonan yang dibuat oleh ejen cap dagangan berdaftar;

(c)

membenarkan pertukaran nama atau alamat penyampaian bagi ejen cap dagangan berdaftar itu atas permohonan yang dibuat oleh ejen cap dagangan berdaftar;

(d)

mengeluarkan pendaftaran ejen cap dagangan setelah kematian ejen cap dagangan berdaftar itu; dan

(e)

menolak untuk mengiktiraf mana-mana orang sebagai ejen cap dagangan berdaftar tertakluk pada apa-apa keadaan sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Apa-apa pemotongan pendaftaran ejen cap dagangan hendaklah menyebabkan nama ejen cap dagangan berdaftar dikeluarkan daripada Daftar Ejen Cap Dagangan.

(4)

Pengeluaran ejen cap dagangan berdaftar daripada Daftar

Ejen Cap Dagangan dan semua permohonan bagi pendaftaran atau pendaftaran cap dagangan yang dikendalikan oleh ejen cap dagangan berdaftar itu hendaklah disiarkan oleh Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam Jurnal

Rasmi Harta Intelek.

(5)

Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkongsian dan pertubuhan perbadanan sebagai ejen cap dagangan jika perkongsian dan pertubuhan perbadanan itu memenuhi kehendak yang ditetapkan dan apabila didaftarkan, perkongsian dan pertubuhan perbadanan itu hendaklah terikat dengan kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3) dan (4).

Cap Dagangan 101

Report

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules