Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain
25. Pemotongan nama dari Daftar
Feedback & supportMaka hendaklah dipotong daripada Daftar atau Daftar Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, nama dan butir-butir mengenai mana-mana penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar, atau penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan atau pengurus harta percubaan yang—
telah memohon secara bertulis supaya namanya itu dipotong;
telah mati;
telah diperakui oleh pegawai perubatan Kerajaan sebagai tidak sempurna akal atau oleh sebab apa-apa kelemahan lain pada tubuh badan atau fikiran atau apa-apa sebab lain, menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi sebagai penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar dengan berkesan;
telah dihukum bankrap;
tidak membaharui kuasanya untuk menjalankan amalan dalam tempoh tiga bulan selepas tamat kuasanya itu atau tidak mematuhi apa-apa syarat pembaharuan; atau
pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 24.
Seseorang yang namanya telah dipotong dari Daftar atau Daftar
Percubaan hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas tarikh diberitahu tentang keputusan Lembaga melalui pos berdaftar, menyerahkan balik kepada
Lembaga kuasanya untuk menjalankan amalan atau, dalam hal penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan atau pengurus harta percubaan , surat pendaftarannya dan mana-mana orang yang tidak berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Hendaklah dipotong dari Daftar Firma nama dan butir-butir mana-mana firma—
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
yang telah memohon secara bertulis supaya nama dan butir-butirnya itu dipotong;
yang telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat pendaftarannya; atau
yang telah dibubarkan atau dibatalkan pendaftarannya di bawah undang-undang yang di bawahnya firma itu diperbadankan atau didaftarkan; atau
jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan
, (d) dan (e) telah berlaku.