Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

26. Pemasukan semula

Feedback & support
(1)

Seseorang yang namanya telah dipotong dari Daftar atau Daftar

Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut suatu perintah di bawah perenggan 24(1)(i) hendaklah, jika rayuannya diluluskan, dimasukkan semula dengan serta-merta.

(2)

Seseorang yang amalannya telah digantung di bawah perenggan 24(1)(ii) dan yang telah ditegur di bawah perenggan 24(1)(iii) hendaklah, jika rayuannya diluluskan, serta-merta memadamkan butir-butir mengenai penggantungan atau teguran dari Daftar atau Daftar Percubaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Seseorang yang namanya telah dipotong dari Daftar atau Daftar

Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 24(1)(c) hendaklah dimasukkan semula jika dia telah memberitahu Lembaga dan Lembaga berpuas hati dengan perubahan hal keadaan yang memulihkan kelayakannya di bawah perenggan itu.

(4)

Seseorang yang namanya telah dipotong dari Daftar atau Daftar

Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 25(1)(a), (c) dan (d) boleh dimasukkan semula sebaik sahaja dia memohon dimasukkan semula dan setelah dibayar apa-apa fi, tunggakan dan caj, dan apabila memuaskan apa-apa syarat lain, sebagaimana ditetapkan oleh

Lembaga.

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 59

dan Pengurus Harta

Rayuan

Report