Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

29. Tatacara membuat rayuan

Feedback & support
(1)

Suatu notis rayuan yang disebut dalam seksyen 27 hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Apabila diterima notis rayuan itu Yang Dipertua Lembaga atau jika dia tidak ada, anggota yang diwakilkan oleh Yang Dipertua untuk berbuat demikian, hendaklah menyebabkan disediakan dalam masa tiga bulan dari penerimaan notis itu suatu rekod mengenai penjalanan mesyuarat Lembaga dan suatu pernyataan yang menerangkan alasan yang berdasarkannya

Lembaga telah mencapai keputusannya.

(3)

Setelah diterima rekod mengenai penjalanan mesyuarat dan alasan mengenai keputusan Lembaga itu Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Lembaga Rayuan untuk mendengar rayuan itu.

(4)

Lembaga Rayuan setelah mendengar rayuan itu boleh, mengikut keputusan majoriti, mengesahkan atau mengubah keputusan Lembaga itu.

(5)

Lembaga Rayuan hendaklah menurut budi bicaranya menentukan tatacaranya sendiri dan kos rayuan dan juga kos yang bersampingan dengannya.

(6)

Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

Report

Bahagian VIII

Schedules