Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain
28. Lembaga Rayuan
Feedback & supportBagi maksud Akta ini maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga
Rayuan terdiri daripada seorang yang layak dilantik menjadi Hakim
Mahkamah Tinggi sebagai Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan, dan dua orang lain yang dinamakan oleh Pengerusi daripada panel anggota yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seseorang anggota Lembaga Rayuan hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya itu dan dia layak dilantik semula.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
Lembaga hendaklah menyediakan apa-apa perkhidmatan kesetiausahaan yang perlu kepada Lembaga Rayuan untuk membolehkan
Lembaga Rayuan itu menjalankan fungsinya.