Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VIII

30B. Penggeledahan dengan waran

Feedback & support
(1)

Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini sedang dilakukan atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang yang dinamakan dalam waran itu—

(a)

untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan kekerasan;

(b)

untuk menggeledah dan menyita di premis itu apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis atau peranti lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar, dan apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; dan

(c)

untuk menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah, jika perlu.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

(2)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, dokumen, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai atau orang yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, dokumen, artikel atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(3)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (2) atau memindahkan apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, dokumen, artikel atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Report