Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII
31. Section 31
Feedback & support(1)
Seseorang yang melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang baginya penalti lain tidak diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
(2)
Jika suatu firma tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini maka tuan punya tunggal, tiap-tiap pekongsi dan tiap-tiap pengarah atau pegawai lain yang seumpamanya melakukan kesalahan yang sama dan dikenakan penalti yang sama seperti dikenakan ke atas firma melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya atau tidak dikaitkan dengan apa-apa kecuaian di pihak dirinya.