Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII
31A. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga, mana-mana Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga atau mana-mana orang atau pegawai Lembaga yang diberi kuasa atau dilantik untuk bertindak untuk atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati, atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.