Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII
30D. Senarai benda disita
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, dokumen, artikel atau benda disita di bawah seksyen 30B atau 30C, pegawai atau orang yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 65
dan Pengurus Harta
Jika premis itu tidak didiami, pegawai atau orang yang menyita itu hendaklah bila mana mungkin melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Penalti kerana kesalahan lain