Skip to content

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

14. Section 14

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (5), tiap-tiap timbang dan sukat dan alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan hendaklah ditentusahkan dan ditandakan dengan cap oleh Inspektor dengan suatu cap penentusahan dan suatu perakuan penentusahan hendaklah dikeluarkan oleh Inspektor itu pada masa menandakan dengan cap tiap-tiap timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu timbang itu terlalu kecil menyebabkan ianya tidak boleh ditandakan dengan cap penentusahan oleh Inspektor, dia boleh, apabila berpuas hati dengan pengenalan dan tanda timbang bagi timbang itu, mengetepikan timbang itu daripada ditanda dengan cap itu dan mengeluarkan suatu perakuan penentusahan.

(1A)

Mana-mana orang yang menghendaki apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat supaya ditentusahkan dan ditandakan dengan cap atau disahkan hendaklah mengemukakan timbang, sukat atau alat timbang atau sukat itu kepada seorang Inspektor yang hendaklah menguji timbang, sukat atau alat timbang atau sukat tersebut dengan cara apa-apa Standard Kerja dan kelengkapan penguji sebagaimana yang difikirkannya sesuai atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan, dengan menggunakan kelengkapan lain yang telah pun diuji dan yang difikirkan sesuai bagi maksud itu oleh

Inspektor itu.

Timbang dan Sukat 15

(2)

Tiap-tiap orang yang ada dalam milikannya bagi kegunaan untuk perdagangan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat hendaklah menyimpan dalam milikannya perakuan penentusahan yang dikeluarkan berkenaan dengannya dan hendaklah mengemukakan perakuan itu untuk diperiksa pada bila-bila masa ia dikehendaki berbuat demikian di bawah peruntukan Akta ini.

(3)

Tiap-tiap timbang dan sukat dan alat timbang atau sukat yang telah ditanda dengan cap dan ditentusahkan di bawah subseksysen (1)

hendaklah disahkan dalam lat tempoh yang ditetapkan oleh Menteri.

(4)

Apa-apa penentusahan dan penandaan dengan cap atau pengesahan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Menteri.

(4A)

Maka hendaklah dikenakan apa-apa fi berkenaan dengan apa-apa penentusahan dan penandaan dengan cap atau pengesahan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat di bawah seksyen ini apa-apa bayaran sebagaimana yang ditetapkan.

(4B)

Apa-apa pengujian, atau penentusahan dan penandaan dengan cap atau pengesahan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Inspektor:

Dengan syarat bahawa dalam menentukan masa dan tempat di bawah subseksyen ini Ketua Inspektor hendaklah memberi pertimbangan kepada keadaan yang berikut:

(a)

jika apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu adalah sedemikian jenisnya bahawa ia tidak boleh dikemukakan dengan mudah atau senangnya kepada seorang Inspektor untuk diuji, atau ditentusahkan dan ditanda dengan cap, atau disahkan, maka Inspektor itu hendaklah, atas permintaan bertulis orang yang memiliki timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

itu dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, hadir di premis di mana timbang atau sukat atau alat itu ditempatkan untuk melakukan pengujian, penentusahan dan penandaan dengan cap, atau pengesahan itu; dan

(b)

Ketua Inspektor tidak boleh menetapkan sesuatu tempat bagi pengujian, penentusahan dan penandaan dengan cap, atau pengesahan yang akan mengakibatkan seseorang yang ingin mendapatkan kemudahan yang diperuntukkan itu terpaksa membuat perjalanan yang jaraknya tidak munasabah.

(5)

Seseorang Inspektor tidak boleh menentusahkan, menandakan dengan cap, memperakui atau mengesahkan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat jika—

(a)

timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu tidak bertepatan dengan subseksyen 12(1) dan (2);

(b)

timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu menunjukkan bentuk yang luar biasa dan yang tidak tepat dengan bentuk atau spesifikasi sebagaimana yang ditetapkan secara amnya oleh Penyimpan Timbang dan

Sukat melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bagi timbang atau alat timbang atau sukat;

(c)

timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

(d)

timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu tidak mendapat kelulusan Penyimpan Timbang dan Sukat di bawah subseksyen (5A).

(5A)

Penyimpan Timbang dan Sukat boleh meluluskan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan jika bentuk atau spesifikasinya tidak ditetapkan oleh

Penyimpan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu hendaklah ditentusahkan,

Timbang dan Sukat 17

ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan oleh seorang Inspektor mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) dan tatacara yang dinyatakan oleh Penyimpan.

(6)

Mana-mana orang yang menggunakan atau yang ada dalam milikannya untuk digunakan bagi kegunaan perdagangan apa-apa timbang, sukat atau alat timbang atau sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan timbang, sukat atau alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak.

Penandaan dengan cap akan timbang dan sukat; bantuan kepada

Inspektor, dsb.

Report