Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s
14A. Section 14A
Feedback & supportJika seseorang mengemukakan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat untuk ditentusahkan dan ditandakan dengan cap atau disahkan, Inspektor boleh menghendaki orang itu memberikannya apa-apa bantuan berkaitan dengan pengujian timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu sebagaimana yang semunasabahnya difikirkan perlu oleh Inspektor itu bagi orang itu memberikannya dan tidak berkewajipan untuk meneruskan pengujian itu sehingga orang itu memberikan bantuan tersebut.
Jika apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah ditentusahkan dan ditandakan dengan cap atau disahkan di bawah seksyen 14 selepas ia dipasang di tempat di mana ia akan digunakan untuk perdagangan hendak dibuka dan dipasang semula, sama ada di tempat yang sama atau di tempat lain, ia tidak boleh digunakan untuk perdagangan selepas ia dibuka dan dipasang semula sehingga ia telah sekali lagi ditentusahkan dan ditandakan dengan cap atau disahkan.
Jika seorang Inspektor berpendapat bahawa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang dikemukakan untuk ditentusahkan adalah dimaksudkan untuk digunakan bagi perdagangan bagi sesuatu maksud tertentu yang mana ia tidak sesuai, dia boleh menolak untuk
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
menentusahkannya atau menandakannya dengan cap atau mengesahkannya sehingga soalan sama ada ia sesuai bagi maksud itu telah dirujukkan kepada Penyimpan yang keputusannya adalah muktamad.
Seorang Inspektor boleh, atas permintaan mana-mana orang, memeriksa apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang tidak digunakan untuk perdagangan.