Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s
14B. Penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat timbang dan sukat awam
Feedback & supportTiada mana-mana orang boleh mengelolakan apa-apa penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat timbang atau sukat awam melainkan dia memegang suatu perakuan daripada mana-mana Timbalan Ketua Inspektor yang memperakui bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi pelaksanaan tugasnya dengan sempurna.
Mana-mana orang yang tidak diberikan perakuan sedemikian oleh Timbalan Ketua Inspektor boleh merayu terhadap penolakan itu kepada Ketua Inspektor yang boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan Timbalan Ketua Inspektor supaya memberikan perakuan itu.
Mana-mana orang yang melanggar, atau yang menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak.
Jika seseorang yang diperakui untuk mengelolakan penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat timbang atau sukat awam—
tanpa sebab yang munasabah gagal menjalankan penimbangan atau penyukatan apabila diminta;
Timbang dan Sukat 19
tanpa penjelasan yang munasabah menjalankan penimbangan atau penyukatan itu secara tidak tepat;
gagal menyerahkan kepada orang yang meminta pertimbangan atau penyukatan dilakukan atau kepada ejennya, suatu pernyataan bertulis bagi berat atau sukatan lain; atau
gagal menyenggarakan rekod penimbangan atau penyukatan itu termasuk waktu dan tarikh penimbangan atau penyukatan dan, dalam hal penimbangan kenderaan, apa-apa butiran mengenai kenderaan itu dan butiran apa-apa muatan di atas kenderaan itu yang akan mengecamkan kenderaan dan muatan tersebut, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak.
Jika, berkaitan dengan apa-apa alat timbang atau sukat awam—
mana-mana orang yang diperakui untuk mengelolakan penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat sedemikian, menyerahkan suatu pernyataan palsu akan apa-apa berat atau pernyataan palsu akan apa-apa berat atau sukatan lain yang didapati, atau membuat suatu rekod palsu akan apa-apa penimbangan atau penyukatan;
atau
mana-mana orang melakukan apa-apa fraud berkaitan dengan apa-apa penimbangan atau penyukatan, atau apa-apa yang berupa penimbangan atau penyukatan, dengan menggunakan alat sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak.
Jika, dalam hal penimbangan atau penyukatan apa-apa binatang, kenderaan, barang, benda, cecair atau bahan yang dijalankan dengan menggunakan apa-apa alat timbang atau sukat awam, orang yang membawa binatang, kenderaan, barang, benda, cecair atau bahan itu untuk ditimbang atau disukat, apabila dikehendaki oleh orang yang mengelolakan penimbangan atau penyukatan itu supaya memberikan nama, alamat dan nombor kad pengenalannya, gagal berbuat demikian atau memberikan nama, alamat atau nombor kad pengenalan yang tidak betul, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Orang yang menyediakan alat timbang atau sukat awam untuk digunakan (dalam seksyen ini disebut “orang bertanggungjawab”)
hendaklah menyimpan bagi tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan apa-apa rekod apa-apa penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat itu yang dibuat oleh mana-mana orang yang diperakui untuk mengelolakan penimbangan atau penyukatan itu.
Seseorang
Inspektor boleh menghendaki orang bertanggungjawab itu supaya mengemukakan apa-apa rekod yang disebut dalam subseksyen (7) untuk diperiksa pada bila-bila masa sepanjang enam bulan yang disebut terdahulu.
Jika orang bertanggungjawab itu gagal menyimpan apa-apa rekod seperti yang disebut dalam subseksyen (7) mengikut subseksyen tersebut atau gagal mengemukakannya mengikut subseksyen (8) dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang yang dengan sengaja memusnahkan atau mencacatkan apa-apa rekod seperti yang disebut dalam subseksyen (7) sebelum habis tempoh enam bulan dari tarikh ia dibuat, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
Timbang dan Sukat 21
tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.