Skip to content

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

17. Mengguna atau memiliki timbang atau sukat palsu, dsb., untuk memfraud

Feedback & support

Mana-mana orang yang dalam milikan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang diketahuinya sebagai palsu dan bercadang supaya alat itu digunakan secara fraud atau telah menggunakan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu secara fraud melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya. Apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang digunakan atau yang ada dalam milikan seseorang untuk digunakan bersalahan dengan seksyen ini boleh dilucut hak.

Report