Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s
20. Section 20
Feedback & supportMana-mana orang yang memalsukan atau melancungkan apa-apa perakuan yang dikeluarkan atau cap yang digunakan bagi menandakan dengan cap di bawah Akta ini mengenai apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat atau bersengaja melebihkan atau mengurangkan sesuatu timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah ditandakan dengan cap sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang ada dalam milikannya bagi kegunaan untuk perdagangan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang telah ditandakan dengan cap di bawah Akta ini tetapi kemudiannya didapati sebagai palsu hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, disifatkan sebagai telah bersengaja melebihkan atau mengurangkan atau dengan cara lain mengganggu timbang, sukat atau alat timbang atau sukat itu.
Mana-mana orang yang ada dalam milikannya tanpa apa-apa sebab yang sah atau mana-mana orang yang menggunakan sebagai tulen apa-apa perakuan atau cap yang ia mengetahui atau ada sebab mempercayai sebagai lancungan atau palsu apa-apa perakuan yang dikeluarkan atau apa-apa yang digunakan bagi menandakan dengan cap di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
Timbang dan Sukat 25
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.