Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s
20A. Kesalahan berkaitan dengan alat penanda dengan cap
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang, yang bukan seorang Inspektor—
menandakan dengan apa-apa cara akan apa-apa palam atau plat yang direka bentuk bagi kegunaan untuk penerimaan cap penentusahan;
kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh atau di bawah
Akta ini, dengan apa jua cara mengubahkan atau mencacatkan apa-apa cap penentusahan;
memalsukan atau melancung apa-apa cap penentusahan;
memindahkan apa-apa cap penentusahan dan memasang atau melekatkannya kepada apa-apa timbang atau sukat atau apa-apa alat timbang atau sukat lain;
membuat apa-apa perubahan kepada apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat selepas ia ditandakan dengan cap sehingga menyebabkannya menjadi tidak betul atau tidak tepat; atau
memutuskan atau selainnya mengganggu apa-apa dawai, tali atau benda lain yang dengannya suatu cap penentusahan dilekatkan kepada timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
Adalah tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang dilesenkan oleh Ketua Inspektor sebagai pembuat atau pembaik timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang melakukan apa-apa perbuatan yang diperihalkan dalam perenggan (1)(a), (b) dan (f)
semasa membuat apa-apa penyesuaian atau pembaikan pada timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat.