Skip to content

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

18. Penalti ke atas membuat, menjual dan membaiki timbang palsu, dsb

Feedback & support
(1)

Tiada seseorang boleh—

(a)

membuat atau menjual atau cuba menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang palsu atau tidak seimbang;

(b)

menjual atau cuba menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang tidak ditentusahkan dan ditandakan dengan cap atau diperakui, atau disahkan sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 14;

(c)

membuat atau memperbaiki untuk mendapatkan keuntungan atau menjual atau cuba menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa timbang atau sukat

Timbang dan Sukat 23

atau alat timbang atau sukat melainkan jika ia diberi lesen untuk berbuat demikian menurut seksyen 27; atau

(d)

membuat atau menjual atau cuba menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan jika timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu menunjukkan bentuk yang luar biasa dan yang tidak menepati bentuk atau spesifikasi sebagaimana yang ditetapkan secara amnya oleh Penyimpan Timbang dan Sukat melalui perintah yang disiarkan dalam Warta berkenaan dengan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat melainkan jika timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu telah diluluskan oleh Penyimpan di bawah subseksyen 14(5A) dan telah ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan mengikut tatacara yang diperuntukkan di dalamnya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang membuat, menjual atau cuba menjual atau mendedahkan untuk jualan atau memperbaiki apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang diketahuinya sebagai palsu supaya alat itu boleh digunakan sebagai sebenar atau dengan mengetahui bahawa alat itu mungkin digunakan sebagai sebenar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika sesuatu kesalahan dilakukan di bawah subseksyen 18(2)

atau (3), apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat berhubung dengan kesalahan itu boleh dilucut hak.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

Report