Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IV
37. Peniaga berlesen hendaklah menyimpan rekod
Feedback & supportSeorang peniaga berlesen hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu rekod yang mengandungi butir-butir yang berikut:
bilangan dan spesies hidupan liar (hidup atau mati), bilangan bahagian atau terbitan hidupan liar dan bilangan barang yang dibuat daripada mana-mana hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, yang dibeli, diperoleh atau dijual;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
nama, alamat dan nombor lesen orang yang daripadanya hidupan liar, bahagian atau terbitan hidupan liar atau barang itu dibeli atau diperoleh;
nama, alamat dan nombor lesen, jika ada, orang yang kepadanya hidupan liar, bahagian atau terbitan hidupan liar atau barang itu dijual;
nombor resit yang dikeluarkan bagi apa-apa penjualan atau pembelian; dan
tarikh apa-apa pembelian, perolehan atau penjualan.
Mana-mana peniaga berlesen yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.