Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IV
46. Menyimpan hidupan liar di premis lain
Feedback & support(1)
Seorang pemegang lesen, permit atau permit khas yang berhasrat untuk menyimpan hidupan liarnya di mana-mana premis selain premis yang dinyatakan dalam lesen, permit atau permit khasnya hendaklah terlebih dahulu memperoleh kelulusan pegawai pelesen.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.