Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IV
45. Penandaan hidupan liar
Feedback & supportSeorang pemegang lesen, permit atau permit khas yang menyimpan, menjual, mengimport, mengeksport, mengeksport semula atau membiakkan mana-mana hidupan liar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menandakan atau melabel hidupan liar itu mengikut cara yang berikut:
pengimplanan peranti boleh imbas dalam hidupan liar itu;
peletakan gelung pada mana-mana bahagian hidupan liar itu;
peletakan, sama ada melalui penyucukan atau selainnya, tatu atau cecincin pada mana-mana bahagian hidupan liar itu; atau
pelabelan atau penandaan bekas yang di dalamnya hidupan liar itu disimpan.
Penandaan atau pelabelan yang disebut dalam perenggan (1)(a)
hingga (c) hanya boleh dilakukan oleh orang yang berdaftar dengan
Ketua Pengarah untuk berbuat demikian.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 716