Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IV
42. Pembelian hidupan liar yang dilindungi oleh peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen
Feedback & support(1)
Seorang peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen hendaklah membeli atau memperoleh hidupan liar yang dilindungi atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar yang dilindungi hanya daripada pemburu berlesen, peniaga berlesen, ahli taksidermi berlesen, atau Pengarah jika hidupan liar yang dilindungi itu dijual oleh Pengarah menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.