Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IV
39. Penerimaan hidupan liar untuk disediakan, dsb., oleh ahli taksidermi berlesen
Feedback & supportSeorang ahli taksidermi berlesen tidak boleh menerima mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar untuk disediakan, diawet, diisi atau dilekapkan melainkan jika orang yang menghantar hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu memberikan bukti kepada ahli taksidermi berlesen itu bahawa hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu diambil atau diperoleh secara sah menurut
Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya.
Mana-mana ahli taksidermi berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.