Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IV
38. Ahli taksidermi berlesen hendaklah menyimpan rekod
Feedback & supportSeorang ahli taksidermi berlesen hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang mengandungi butir-butir yang berikut:
tarikh, masa dan orang yang daripadanya hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar diterima;
nama, alamat dan nombor lesen pemunya hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar; dan
tarikh dan masa hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dipulangkan kepada pemunya.
Mana-mana ahli taksidermi berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pemuliharaan Hidupan Liar 35