PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2001/609
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN LABUAN 2001 is Malaysia Act, cited as Act 609 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh mula berkuat kuasa yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) dan termasuklah mana-
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 10(6) untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Majlis Penasihat” ertinya Majlis Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
Bahagian II
Penubuhan Perbadanan
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;
dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau
Perbadanan Labuan
dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Perbadanan.
Fungsi dan kuasa Perbadanan
memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah
Persekutuan Labuan;
memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti rekreasi dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam
Wilayah Persekutuan Labuan; dan
menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu—
untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial atau perindustrian, aktiviti yang
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
berhubungan dengan pelancongan dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
untuk mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek-projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
untuk mengawal selia, meluluskan atau mengawal segala bangunan dan pengendalian bangunan dan pembaikan serta penghapusan bangunan-bangunan puing dan berbahaya, termasuk kuasa untuk melarang, menutup serta merobohkan binaan bangunan daripada sesuatu kelas, reka bentuk atau rupa tertentu dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan
Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) oleh
Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang;
dengan kelulusan Menteri, untuk menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;
untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh
Perbadanan mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam
Perbadanan Labuan 11
perenggan (a) dan (b), termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
dengan kelulusan Menteri, untuk menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskan saham atau syer itu mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri;
untuk menghendaki Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang untuk mendapatkan kelulusan Perbadanan terlebih dahulu sebelum menjalankan pembangunan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
dengan kelulusan Menteri, untuk melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri;
untuk melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsinya;
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
untuk mengawal selia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.
Tertakluk kepada seksyen 7, adalah menjadi tanggungjawab
Perbadanan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan pelaburan dan pelancongan dalam Wilayah
Persekutuan Labuan.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
Keanggotaan Perbadanan
Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Perbadanan sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Perbadanan.
enam orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang penduduk tempatan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Perbadanan Labuan 13
Majlis Penasihat adalah bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada Perbadanan berhubung dengan fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi Majlis
Penasihat.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan sedemikian.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh
Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.
Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
Bahagian III
Pengerusi
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan kepada Pengerusi semua atau mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diletakhakkan pada atau dikenakan ke atas
Perbadanan oleh Akta ini dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
Tiap-tiap pewakilan di bawah subseksyen (2) hendaklah disiarkan dalam Warta.
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.
Perbadanan Labuan 15
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan mengikut arahan am
Perbadanan.
Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya,
Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa
Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan
Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan.
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri membuat peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan.
Tatatertib
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
Bahagian IV
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada pinjaman yang diberikan oleh Perbadanan;
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;
jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
segala jumlah wang atau harta lain, selain wang yang disebut dalam subseksyen 17(2), yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Perbadanan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsi-fungsinya atau menjalankan kuasa di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan-bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan atau menjalankan kuasa di bawah Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Maka adalah menjadi kewajipan Perbadanan untuk memelihara
Kumpulan Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Perbadanan cukup untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Kumpulan wang rizab
Perbadanan hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.
Kumpulan Wang Peningkatan Perkhidmatan
Kumpulan Wang Peningkatan Perkhidmatan hendaklah terdiri daripada apa-apa wang yang disumbangkan oleh mana-mana orang yang mendirikan bangunan di Wilayah Persekutuan
Labuan mengikut kadar yang ditetapkan melalui peraturan.
Kumpulan Wang Peningkatan Perkhidmatan hendaklah dibelanjakan bagi maksud melaksanakan kerja untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur yang sedia ada.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Akta 609
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun,
Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Menteri boleh mengarahkan Perbadanan supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 24.
Perbadanan Labuan 19
Bahagian V
Kuasa untuk meminjam
Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Perbadanan di bawah Akta ini;
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa syer atau saham yang Perbadanan dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
Pelaburan
Aset Perbadanan, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri.
Kuasa untuk mengambil khidmat
Perbadanan boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk memberikan pinjaman
Dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya Perbadanan boleh, dengan kelulusan
Menteri, memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).
Pengambilan tanah
Segala perbelanjaan dan pampasan yang kena dibayar bagi pengambilan apa-apa tanah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan.
Jika apa-apa tanah telah diambil di bawah seksyen ini,
Perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan tanah itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas tanah itu.
Bahagian VI
Obligasi menyimpan rahsia
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pelindungan pegawai dan pekhidmat
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah
Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan supaya dilakukan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
suruhan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Pekhidmat awam
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa untuk membuat peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
mengawal selia pembangunan tanah di WilayahPersekutuan
Labuan dan pada amnya membuat peruntukan bagi pembangunan tanah yang teratur di Wilayah Persekutuan
Labuan;
menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan;
mengenakan fi dalam hal-hal yang ditentukan oleh
Perbadanan;
Perbadanan Labuan 23
mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Perbadanan perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;
menetapkan cara bagaimana dan terma-terma dan syarat-syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 23; dan
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, perjalanan kuasa dan penunaian kewajipan
Perbadanan di bawah peruntukan Akta ini.
Peraturan di bawah seksyen ini—
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan itu menjadi suatu kesalahan;
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu dan penalti itu tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit;
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti tambahan sehingga lima puluh peratus bagi kesalahan serupa yang berulang; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi pengkompaunan kesalahan di bawah Akta ini dan peraturan itu.
Bahagian VII
Tafsiran berhubung dengan Bahagian VII
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Lembaga Pembangunan
Labuan 1992 [Akta 480] yang dimansuhkan di bawah seksyen 32;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
“hari yang ditetapkan’’ ertinya hari Akta ini mula berkuat kuasa atau, jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian ini mula berkuat kuasa;
“Lembaga yang dibubarkan” ertinya Lembaga Pembangunan
Labuan yang dibubarkan di bawah seksyen 32;
“Majlis yang dibubarkan” ertinya Majlis Perbandaran Labuan yang dibubarkan di bawah seksyen 32;
“Surat Cara yang dibatalkan” ertinya Surat Cara Majlis
Perbandaran Labuan 1983 [Sabah No. S34 tahun 1983] yang dibatalkan di bawah seksyen 32.
Pemansuhan dan pembubaran
Lembaga Pembangunan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan dan Majlis Perbandaran Labuan yang ditubuhkan di bawah Surat Cara yang dibatalkan adalah dibubarkan.
Perpindahan kuasa, dsb.
Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah dari hari itu turun kepada Perbadanan.
Perpindahan hakmilik harta
Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga yang dibubarkan dan
Majlis yang dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak
Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada Perbadanan.
Segala surat ikatan, perjanjian, surat cara dan perkiraan yang wujud sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang berpindah hakmiliknya di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Perbadanan dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau
Majlis yang dibubarkan, Perbadananlah yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.
Perpindahan wang ke dalam Kumpulan Wang
Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Ordinan
Kerajaan Tempatan Sabah [Ord. Sabah 11 tahun 1961] oleh Majlis yang dibubarkan adalah dibubarkan dan segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang itu hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Keanggotaan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang dibubarkan dan
Majlis yang dibubarkan yang terhenti memegang jawatan.
Dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas hari yang ditetapkan, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada
Menteri laporan, termasuk penyata kewangan, yang dikehendaki di bawah Akta yang dimansuhkan atau Ordinan Kerajaan Tempatan
Sabah bagi tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum hari yang ditetapkan.
Walau apa pun seksyen 32, Lembaga yang dibubarkan dan
Majlis yang dibubarkan hendaklah disifatkan terus wujud bagi maksud subseksyen (2) dan (3).
Penerusan pegawai dan pekhidmat
Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah bekerja sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga yang dibubarkan atau
Majlis yang dibubarkan hendaklah menjadi pegawai dan pekhidmat
Perbadanan di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah subseksyen 11(1) Akta ini atas terma dan syarat yang sama seperti yang terpakai bagi orang itu sebaik sebelum hari yang ditetapkan.
Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai
Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari yang ditetapkan disifatkan telah diserah simpan dengan Perbadanan dan hendaklah terus disimpan dengan Perbadanan.
Perbadanan Labuan 27
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga yang dibubarkan atau
Majlis yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Lembaga yang dibubarkan, Majlis yang dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa atau dipohon oleh atau terhadap Perbadanan.
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen
Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen mengenai Pengerusi Lembaga yang dibubarkan atau
Presiden Majlis yang dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pengerusi Perbadanan.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
Jadual Pertama
[Subseksyen 5(5)]
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Perbadanan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat yang dialamatkan kepada Menteri.
Anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Perbadanan
2. Tiap-tiap anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Perbadanan sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipan-kewajipannya dengan berkesan.
Pengosongan jawatan
3. Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 26; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Perbadanan Labuan 29
Pengisian kekosongan
4. Apabila mana-mana orang terhenti menjadi anggota Perbadanan oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu.
Saraan atau elaun
5. Maka hendaklah dibayar kepada anggota-anggota Perbadanan apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat
6. (1)
Perbadanan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(2)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Perbadanan.
(3)
Kuorum Perbadanan ialah empat orang.
(4)
Tiap-tiap anggota Perbadanan yang hadir berhak mendapat satu undi.
(5)
Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
7. Perbadanan boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Perbadanan bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.
Meterai perbadanan
8. (1)
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Labuan” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Perbadanan.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4)
Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
(5)
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penzahiran kepentingan
9. Seseorang anggota Perbadanan yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit
Perbadanan dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit 10.
(1)
Perbadanan hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3)
Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding 11.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Perbadanan;
Perbadanan Labuan 31
ada pelanggaran peruntukan perenggan 9 oleh mana-mana anggota
Perbadanan; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Tatacara 12.
Tertakluk kepada Akta ini, Perbadanan hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.
Jadual Kedua
[Subseksyen 6(3)]
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1)
Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Majlis Penasihat hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.
(2)
Pelantikan mana-mana anggota Majlis Penasihat boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(3)
Seseorang anggota Majlis Penasihat boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat yang dialamatkan kepada Menteri.
(4)
Tiap-tiap anggota Majlis Penasihat hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis Penasihat sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipan-kewajipannya dengan berkesan.
Pengosongan jawatan
2. (1) Jawatan seseorang anggota Majlis Penasihat hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 26; atau 32
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi;
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Majlis Penasihat oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya di bawah subseksyen 6(1).
Saraan atau elaun
3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota-anggota Majlis Penasihat atau mana-mana orang lain (yang bukan pegawai atau pekhidmat Perbadanan) apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat
4. (1)
Majlis Penasihat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiap-tiap dua bulan sekali pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh pengerusi.
(2)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat.
(3)
Kuorum Majlis Penasihat ialah lima orang.
(4)
Tiap-tiap anggota Majlis Penasihat yang hadir berhak kepada satu undi.
(5)
Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Majlis Penasihat terdapat bilangan undi yang sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Penzahiran kepentingan
5. Seseorang anggota Majlis Penasihat yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang ada mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis Penasihat hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Majlis Penasihat, dan penzahiran
Perbadanan Labuan 33
itu hendaklah direkodkan dalam minit Majlis Penasihat dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Majlis Penasihat yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
6. (1) Majlis Penasihat hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis Penasihat, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Majlis Penasihat yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding
7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Majlis Penasihat;
ada pelanggaran peruntukan perenggan 5 oleh mana-mana anggota
Majlis Penasihat; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Tatacara
8. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis Penasihat hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.
Jadual Ketiga
[Subseksyen 24(2)]
Kuasa Perbadanan untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Perbadanan hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 24, membuat peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Perbadanan dan hak pengawalan
Perbadanan ke atas perbadanan itu.
Batasan kuasa untuk menubuhkan perbadanan
2. Tiada apa-apa dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi Perbadanan kuasa untuk membuat peraturan bagi memberi apa-apa perbadanan apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Perbadanan ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Perbadanan di bawah Akta ini.
Kuat kuasa peraturan-peraturan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 30, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1
dan peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan-peraturan
4. Perbadanan boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.
Daftar perbadanan
5. Perbadanan hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 24
dan daftar itu, bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.
Penggulungan
6. (1)
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggulungkan dan membubarkan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya.
(2)
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada
Perbadanan setelah segala liabilitinya ditunaikan.
(3)
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perbadanan.
Perbadanan Labuan 35
Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 24 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh
Perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang baginya perbadanan itu telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam setiap hal.
Meterai perbadanan bagi perbadanan
8. (1)
Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu dengan kelulusan Perbadanan.
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan itu, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu melingkungi huruf “PL” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu;
dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4)
Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan itu yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
(5)
Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
Akta 609
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Perbadanan Labuan 37
Akta 609
SENARAI seksyen yang dipinda
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –