PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2010/713
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA SURUHANJAYA PERSAINGAN 2010 is Malaysia Act, cited as Act 713 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya Pengerusi dan mana-mana anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
Akta 713
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 713
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 14;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 20;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya
Persaingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“pegawai Suruhanjaya” ertinya seseorang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis di bawah undang-undang persaingan bagi maksud menjalankan penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan atau pelanggaran undang-undang persaingan;
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 22 dan termasuklah
Ketua Pegawai Eksekutif;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Persaingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“undang-undang persaingan” ertinya Akta ini dan Akta Persaingan 2010
[Akta 712] dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.
Bahagian II
Penubuhan Suruhanjaya
Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
Suruhanjaya Persaingan 9
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya—
berkenaan dengan tiap-tiap jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta itu dan apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada
Suruhanjaya.
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Persaingan” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan
Suruhanjaya.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain itu yang diberi kuasa oleh
Pengerusi secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3), hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 713
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.
Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Suruhanjaya
empat orang anggota yang mewakili Kerajaan, seorang daripadanya hendaklah wakil Kementerian yang pada masa ini bertanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
dan
tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara yang berhubungan dengan perniagaan, industri, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, persaingan, perlindungan pengguna atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pelantikan anggota Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Pemakaian Jadual
Menteri boleh meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Suruhanjaya Persaingan 11
Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya
Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan, kewangan atau selainnya, dalam apa-apa pengusahaan komersial atau perdagangan, dia hendaklah, dalam tempoh satu bulan selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada
Menteri yang menyatakan kepentingan yang telah diperoleh itu.
Kelulusan untuk memegang jawatan lain
Tiada seorang pun boleh dilantik atau kekal sebagai anggota
Suruhanjaya sekiranya dia memegang jawatan sepenuh masa dalam mana-mana syarikat tersenarai awam tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri.
Tempoh jawatan
Seseorang anggota Suruhanjaya layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal berturut-turut.
Saraan dan elaun
Semua anggota lain Suruhanjaya hendaklah dibayar apa-apa elaun pada kadar yang ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Akta 713
Pembatalan pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan alasan secara bertulis.
Mana-mana anggota Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya melalui notis bertulis yang ditujukan kepada Perdana Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong jika—
telah dibuktikan terhadapnya atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan atau mencemarkan nama
Suruhanjaya;
Suruhanjaya Persaingan 13
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri;
dalam hal seseorang anggota Suruhanjaya selain Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi;
dia telah terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar yang bercanggah dengan kewajipannya sebagai anggota Suruhanjaya;
peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Sekiranya jawatan Pengerusi kosong selama enam bulan berturut-turut atau lebih, Perdana Menteri hendaklah melantik seseorang lain untuk menjadi Pengerusi mengikut Akta ini, dan dengan pelantikan itu, Pengerusi sebelumnya hendaklah terhenti daripada menjadi anggota Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 713
Penubuhan jawatankuasa
Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila—
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya; dan
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Jawatankuasa boleh mengadakan mesyuarat pentadbirannya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Suruhanjaya Persaingan 15
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum
Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 713
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah—
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya—
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965
[Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Suruhanjaya Persaingan 17
Bahagian III
Fungsi Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah mempunyai apa-apa fungsi sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang-undang persaingan dan hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
menasihati Menteri atau mana-mana pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain tentang segala perkara yang berkenaan dengan persaingan;
memberitahu Menteri tentang kesan anti-persaingan yang sebenar atau yang mungkin daripada perundangan semasa atau perundangan yang dicadangkan dan membuat syor kepada Menteri, jika sesuai, bagi mengelakkan kesan ini;
menasihati Menteri tentang perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan perkara persaingan dan undang-undang persaingan;
mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan;
menjalankan, sebagaimana yang difikirkannya sesuai, kajian am berhubung dengan isu yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor tertentu ekonomi Malaysia;
menyiarkan, dan selainnya meningkatkan kesedaran di kalangan orang yang terlibat dalam perdagangan atau tred dan di kalangan orang awam, maklumat yang berkenaan dengan undang-undang persaingan dan cara yang mengikutnya Suruhanjaya akan menjalankan fungsinya di bawah undang-undang persaingan;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 713
memberitahu dan mendidik orang awam tentang cara bagaimana persaingan dapat memberi manfaat kepada pengguna di, dan ekonomi, Malaysia;
mempertimbangkan dan membuat syor kepada Menteri tentang pembaharuan kepada undang-undang persaingan;
dan
menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa benda yang perlu atau bermanfaat dan wajar bagi pentadbiran
Suruhanjaya.
Kuasa Suruhanjaya
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya termasuklah kuasa—
untuk menggunakan semua harta alih dan harta tak alih
Suruhanjaya mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;
untuk mengenakan penalti bagi pelanggaran peruntukan undang-undang persaingan;
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya layak untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya;
untuk memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau yang diluluskan oleh Menteri;
untuk membayar saraan, elaun dan apa-apa perbelanjaan lain anggota Suruhanjaya;
Suruhanjaya Persaingan 19
untuk merumuskan dan melaksanakan program bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya dengan sewajarnya dan seberkesannya, termasuklah program bagi pembangunan sumber manusia, pembiayaan dan kerjasama;
untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi
Suruhanjaya;
untuk menghendaki pemberian maklumat oleh perusahaan bagi membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya;
dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.
Arahan oleh Menteri
Menteri boleh, secara bertulis, memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan undang-undang persaingan, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 713
Bahagian IV
SURUHANJAYA
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif ialah seorang pekerja Suruhanjaya.
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan fungsinya.
Suruhanjaya Persaingan 21
Sekiranya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong selama lebih daripada enam bulan, Menteri hendaklah melantik orang lain untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan dengan pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu.
Pelantikan pekerja Suruhanjaya
Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh apabila—
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan
Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Pembayaran faedah persaraan, dsb.
Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, pencen, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
Suruhanjaya boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut, apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 713
Perlindungan pegawai dan orang lain
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan supaya dilakukan atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian dengan syarat bahawa pada masa itu dia telah menjalankan fungsinya dengan suci hati.
Bahagian V
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen bagi maksud Akta ini;
semua atau mana-mana bahagian fi, caj pentadbiran atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini;
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;
Suruhanjaya Persaingan 23
semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Suruhanjaya, berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya dan kuasanya;
apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh,
Suruhanjaya dalam apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah;
wang yang diterima dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuklah bunga.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja
Suruhanjaya;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang persaingan;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang persaingan;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 713
memberikan pinjaman, biasiswa, wang pendahuluan, faedah persaraan, pencen, ganjaran dan faedah lain; dan
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang persaingan.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara
Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaannya
(termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan)
bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Suruhanjaya Persaingan 25
Akaun bank
Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Menteri; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan, setakat yang dapat dilaksanakan, melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang atau orang-orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.
Pelaburan
Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Batasan untuk berkontrak
Suruhanjaya tidak boleh, tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun yang melebihi sepuluh juta ringgit.
Tatacara kewangan
Tertakluk pada Akta ini dan kelulusan Menteri, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 713
Tahun kewangan
Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Laporan tahunan
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.
Bahagian VI
Pelantikan dan kuasa pegawai Suruhanjaya
Bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah undang-undang persaingan, Suruhanjaya boleh melantik pekerjanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pegawai Suruhanjaya.
Seseorang pegawai Suruhanjaya yang bukan pekerja
Suruhanjaya hendaklah tertakluk pada obligasi kerahsiaan di bawah seksyen 43, dan hendaklah menikmati perlindungan dan tanggung rugi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pekerja
Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan tentang apa-apa kesalahan atau pelanggaran di bawah undang-undang persaingan.
Kerjasama dengan pihak berkuasa lain
Menteri boleh memberikan arahan kepada Suruhanjaya mengenai perkiraan kerjasama antara Suruhanjaya dengan mana-mana pihak berkuasa lain di Malaysia atau dalam bidang kuasa asing atau mana-mana organisasi antarabangsa dan menentukan perkiraan bagi kerjasama sedemikian atau keanggotaan dalam organisasi antarabangsa.
Suruhanjaya Persaingan 27
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah undang-undang persaingan tanpa keizinan bertulis
Pendakwa Raya.
Pekhidmat awam
Semua anggota Suruhanjaya dan mana-mana jawatankuasa, dan semua pekerja, pegawai Suruhanjaya, ejen dan perunding
Suruhanjaya, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah
Akta ini sebagai anggota, pekerja, Pegawai Suruhanjaya, ejen atau perunding sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau terhadap mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana anggota jawatankuasa, dan pekerja atau ejen Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifatnya yang demikian itu.
Obligasi kerahsiaan
tiada anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh memegang jawatan atau tempoh pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam penjalanan kewajipannnya dan yang tidak disiarkan menurut undang-undang persaingan; dan
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 713
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil
Suruhanjaya—
dalam mana-mana prosiding sivil terhadap mana-mana pekerja atau pegawai Suruhanjaya berhubung dengan pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang persaingan;
atau
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, atau pekerja itu atau pegawai
Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.
Kuasa untuk mengambil kerja
Suruhanjaya boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk membuat apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya, atau menjalankan kuasanya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Suruhanjaya Persaingan 29
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala benda yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Suruhanjaya sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan atau pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Suruhanjaya daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Suruhanjaya.
Kaedah penyiaran
Bagi maksud seksyen ini, “elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnet, elektromagnet, biometrik, fotonik atau teknologi lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 713
Jadual
[Seksyen 6]
Masa dan tempat mesyuarat
1. (1) Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diputuskan oleh
Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada tiga bulan berlalu antara mesyuarat.
Notis bertulis sekurang-kurangnya empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya.
Kuorum
2. Pengerusi dan sekurang-kurangnya setengah daripada anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Suruhanjaya.
Undi pemutus
3. (1) Tiap-tiap anggota Suruhanjaya yang hadir berhak kepada satu undi.
Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus di samping undi biasanya.
Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
4. (1) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya Persaingan 31
Ketetapan tanpa bermesyuarat
5. (1) Sesuatu ketetapan dikira sebagai telah diluluskan pada sesuatu mesyuarat
Suruhanjaya jika—
semua anggota Suruhanjaya telah dimaklumkan tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Suruhanjaya tentang ketetapan yang dicadangkan itu; dan
tanpa bermesyuarat, majoriti anggota Suruhanjaya menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan (2).
Subperenggan (1) terpakai hanya jika Suruhanjaya—
memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
memutuskan kaedah yang dengannya anggota Suruhanjaya boleh menandakan persetujuan tentang ketetapan.
Minit
6. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya—
minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan; dan
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya yang minit berkenaan dengannya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
7. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 713
Kesahan perbuatan dan prosiding
8. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya;
terdapat pelanggaran peruntukan seksyen 15 Akta oleh mana-mana anggota Suruhanjaya; atau
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya
9. Anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.
Suruhanjaya Persaingan 33
Akta 713
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-Undang-Undang Malaysia 34
Akta 713
Akta 713
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-