PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Bernama 1967 is Malaysia Act, cited as Act 780 1967, currently marked in force and first recorded in 1967.
MALAYSIA
Akta 780
(Disemak—2016)
DISEMAK OLEH
Undang-Undang Malaysia 2
Akta 780
Disemak sehingga
…
…
…
1 September 2016
Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini
…
…
15 September 2016
Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan
Undang-Undang 1968 [Akta 1] …
…
15 September 2016
Pertama kali diperbuat dalam tahun 1967 sebagai Akta
Parlimen No. 19 tahun 1967
3
Akta 780
Opening note
Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta BERNAMA 1967.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berita atau bahan berita” termasuklah—
data ekonomi, komoditi dan kewangan, antarabangsa, serantau dan kebangsaan, dalam apa-apa jua bentuk atau cara;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 780
“BERNAMA” ertinya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1);
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengelola BERNAMA yang dilantik di bawah seksyen 7.
Penubuhan BERNAMA dan kuasanya
Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia”, atau dalam bahasa Inggeris “Malaysian
National News Agency”, ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
BERNAMA hendaklah, berkenaan dengan harta alih atau tak alih, mempunyai kuasa—
untuk melupuskan, atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa urusan mengenai, harta alih atau tak alih itu.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2) tetapi tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, BERNAMA hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang perlu atau suai manfaat bagi mencapai matlamatnya atau mana-mana matlamat itu.
BERNAMA boleh menurut budi bicaranya membuat perkiraan pada masa yang sesuai bagi penerimaan melalui langganan, bayaran, pertukaran atau cara lain berita atau bahan berita antarabangsa, serantau dan berita atau bahan berita lain dan pengagihan berita atau bahan berita itu kepada pelanggan atas apa-apa terma sebagaimana yang boleh diatur.
Meterai perbadanan
BERNAMA hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang disifatkan patut oleh BERNAMA.
7
Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia” bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berkehendakkan meterai BERNAMA hendaklah dimeteraikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang anggota Lembaga yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara yang padanya meterai itu dicapkan.
Penandatanganan itu hendaklah tanpa perlu diperakukan kesahannya menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan ialah meterai
BERNAMA yang sah di sisi undang-undang.
Kuasa membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, dsb.
BERNAMA, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan, boleh—
membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan, kerjasama atau usaha sama dengan mana-mana orang atau kumpulan orang; atau
menubuhkan atau menggalakkan penubuhan dan pengembangan syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].
Matlamat BERNAMA
Matlamat BERNAMA adalah—
untuk mencari dan mengemukakan berita atau bahan berita yang lengkap, objektif dan saksama mengenai apa-apa perkara kepentingan awam dan negara di dalam dan di luar Malaysia;
untuk mengagihkan berita atau bahan berita itu kepada pelanggan dengan mengenakan bayaran sama ada dalam bentuk fi atau pertukaran berita atau kedua-duanya; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 780
untuk melaporkan secara benar dan patut, tanpa menjejaskan kepentingan awam dan negara, pandangan semua golongan penduduk Malaysia.
Pengurusan BERNAMA terletak hak pada suatu Lembaga
Pengelola yang mengandungi tidak kurang daripada sebelas orang tetapi tidak lebih daripada tiga belas orang anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, yang merupakan warganegara Malaysia:
tidak lebih daripada enam orang wakil tuan punya surat khabar di Malaysia yang merupakan pelanggan BERNAMA.
Bilangan wakil yang dilantik di bawah perenggan (2)(b)
dan (c) hendaklah sama banyaknya.
Pengerusi Lembaga hendaklah dilantik setelah berunding dengan tuan punya surat khabar di Malaysia yang menjadi pelanggan BERNAMA.
Anggota Lembaga yang disebut dalam perenggan (2)(c)
hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang dinamakan oleh tuan punya surat khabar di Malaysia yang merupakan pelanggan
Fungsi Lembaga
Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan matlamat BERNAMA sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 6
dan untuk merumuskan dasar am BERNAMA.
Suatu Majlis Penyeliaan ditubuhkan.
Fungsi Majlis Penyeliaan
Majlis Penyeliaan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menimbangkan apa-apa aduan daripada surat khabar, radio atau televisyen yang merupakan pelanggan
BERNAMA yang mengatakan kegagalan atau keingkaran
BERNAMA untuk mematuhi mana-mana matlamat atau prinsip yang dinyatakan dalam Akta ini; dan
Anggota Majlis Penyeliaan
Majlis Penyeliaan hendaklah mengandungi anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong:
Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah dilantik setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Siasatan oleh Majlis Penyeliaan
Majlis Penyeliaan hendaklah mengadakan suatu siasatan mengenai—
Bagi maksud sesuatu siasatan di bawah seksyen ini, Majlis
Penyeliaan boleh—
menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat, yang pada pendapat Majlis Penyeliaan perlu bagi maksud membuat suatu dapatan.
Majlis Penyeliaan hendaklah memberikan dapatannya dan apa-apa syor yang difikirkannya patut secara bertulis kepada
Lembaga secepat yang mungkin apabila tamatnya sesuatu siasatan.
Dapatan Majlis Penyeliaan dan syor, jika ada, hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Majlis Penyeliaan, disiarkan dengan sepenuhnya oleh Lembaga.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
Lembaga hendaklah melantik seorang Pengurus Besar, seorang Setiausaha kepada Lembaga dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini.
11
Pengurus Besar, Setiausaha kepada Lembaga dan pegawai dan pekhidmat Lembaga yang lain hendaklah diambil khidmat atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pengurus Besar
Pengurus Besar hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif
BERNAMA yang bertanggungjawab kepada Lembaga.
Semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah berada di bawah kawalan Pengurus Besar.
Kuasa Lembaga menerima pemberian, dsb.
Lembaga boleh menerima apa-apa sumbangan, pemberian, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah BERNAMA.
Kuasa Lembaga untuk meminjam
Lembaga boleh, tertakluk kepada kelulusan Perbendaharaan, meminjam atau mendapatkan pembayaran apa-apa wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi menjalankan fungsinya dengan sepatutnya di bawah Akta ini.
Pelaburan
Aset BERNAMA boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah.
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam cagaran yang dikeluarkan atau didaftarkan atau harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan Menteri Kewangan.
Akaun dan audit
Lembaga hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan operasinya.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 780
Akaun BERNAMA hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Lembaga hendaklah, seberapa segera yang boleh selepas berakhirnya setiap tahun kalendar, mengemukakan kepada Menteri suatu penyata akaun yang telah diaudit mengenai pendapatan dan perbelanjaan Lembaga bagi tahun itu berserta dengan suatu penyata aset dan tanggungannya.
Menteri hendaklah menyebabkan supaya akaun dan penyata yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) berserta dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian juruaudit mengenai akaun dan penyata itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Pewakilan oleh Lembaga
Lembaga boleh mewakilkan, secara bertulis di bawah meterai perbadanannya, kepada mana-mana orang atau badan mana-mana kewajipannya yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia.
Mana-mana orang atau badan yang diwakilkan dengan kewajipan di bawah subseksyen (1)—
Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa
Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa bagi menimbangkan soalan khas yang dirujuk kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.
Jawatankuasa hendaklah melaksanakan fungsinya mengikut arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.
13
Pelanggan
Golongan pelanggan yang berikut berhak membuat perkiraan untuk mendapatkan perkhidmatan BERNAMA:
mana-mana surat khabar, agensi berita, institusi, badan atau orang dan mana-mana pelanggan lain yang dibenarkan oleh Lembaga.
Pendapatan BERNAMA
Pendapatan BERNAMA hendaklah terdiri daripada yuran dan sumbangan, pemberian, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah BERNAMA.
Pendapatan BERNAMA hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud yang berikut:
untuk membayar saraan, pencen, faedah persaraan, elaun dan apa-apa skim kumpulan wang simpanan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang diambil kerja atau diambil khidmat di bawah Akta ini; atau
Tiada bahagian daripada pendapatan BERNAMA boleh dibayar atau dipindahkan, secara langsung atau tidak langsung, melalui dividen, bonus atau selainnya secara membayar keuntungan kepada mana-mana orang.
Pejabat BERNAMA
BERNAMA hendaklah mempunyai suatu pejabat utama di
Malaysia dan boleh menubuhkan apa-apa pejabat lain di mana-mana tempat di dalam atau di luar Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 780
Bahasa BERNAMA
Bahasa kerja BERNAMA ialah bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris.
Jaminan bagi perkhidmatan penuh
Walau apa pun apa-apa perkiraan yang dibuat oleh
BERNAMA bagi penerimaan dan pengagihan berita antarabangsa, pelanggan BERNAMA hendaklah terjamin haknya, atas permintaan dan atas terma mengenai bayaran yang akan diputuskan oleh
Lembaga, untuk menerima melalui BERNAMA perkhidmatan penuh yang diberikan kepada BERNAMA oleh mana-mana agensi berita antarabangsa.
Perkiraan bagi pemungutan dan pengagihan berita yang dibuat oleh BERNAMA tidak menjejaskan hak surat khabar yang menjadi pelanggan BERNAMA untuk membuat perkiraannya sendiri bagi wartawannya untuk mendapatkan liputan berita.
Dalam subseksyen (2), “wartawan” termasuklah sidang pengarang bagi sesuatu surat khabar dan mana-mana orang yang menulis atau memberikan berita bagi mendapatkan suatu fi sama ada sebagai suatu pekerjaan sambilan atau sepenuh masa.
Perlindungan daripada tanggungan bagi anggota Lembaga dan Majlis Penyeliaan
Tiada anggota Lembaga atau Majlis Penyeliaan boleh dikenakan apa-apa tanggungan sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mengurus atau menjalankan hal ehwal Lembaga atau Majlis
Penyeliaan melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh suatu perbuatan atau peninggalan salah yang disengajakan olehnya.
15
Jadual
[Seksyen 7 dan 11]
Bahagian I
Tempoh jawatan
1. (1) Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
Anggota Lembaga yang mewakili tuan punya surat khabar hendaklah memegang jawatan sebagai wakil surat khabar mereka.
Empat orang anggota Lembaga hendaklah mewakili Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan
Bahagian Penerangan Luar Negeri yang hendaklah dilantik daripada Jabatan mereka masing-masing.
Anggota silih ganti
2. Apabila melantik seseorang anggota Lembaga, Yang di-Pertuan Agong boleh menamakan seorang anggota silih ganti yang apabila menghadiri mesyuarat
Lembaga sebagai menggantikan anggota penuh itu hendaklah mempunyai hak mengundi yang penuh.
Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan
3. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga dikosongkan jika—
dia mati;
dia tidak lagi berkelayakan;
dia menjadi bankrap, atau gila atau tidak sempurna akal;
dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Lembaga, dan Lembaga meluluskan suatu ketetapan mengisytiharkan jawatannya kosong;
peletakan jawatannya diterima oleh Lembaga; atau
dia mencapai umur tujuh puluh tahun.
Dalam hal—
seseorang anggota yang mewakili tuan punya surat khabar, anggota
Lembaga itu hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan surat khabar yang diwakilinya, atau apabila surat khabar atau surat-surat khabar yang diwakilinya itu tidak lagi diterbitkan atau tidak lagi menjadi pelanggan BERNAMA; dan
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 780
mana-mana anggota Lembaga yang lain, dia hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan
Kerajaan atau Jabatan Kerajaan yang diwakilinya.
Jawatan seseorang anggota silih ganti Lembaga hendaklah dikosongkan apabila berlakunya apa-apa keadaan dalam perenggan (1)(a),(b),(c),(e) atau (f)
atau apa-apa keadaan dalam perenggan (2)(a) atau (b).
Tatacara pengisian kekosongan
4. (1) Tatacara yang berikut hendaklah diterima pakai bagi mengisi kekosongan dalam Lembaga yang timbul daripada apa-apa sebab yang disenaraikan dalam subperenggan 3(1):
dalam hal anggota yang mewakili tuan punya surat khabar, pelantikan bagi maksud mengisi apa-apa kekosongan hendaklah dibuat atas syor tuan punya surat khabar yang wakilnya telah mengosongkan jawatannya; dan
dalam hal suatu kekosongan yang timbul oleh sebab surat khabar yang tuan punyanya diwakili dalam Lembaga tidak lagi diterbitkan atau tidak lagi menjadi pelanggan BERNAMA, tuan punya bagi surat khabar yang masih menjadi pelanggan BERNAMA hendaklah membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong.
Tempoh jawatan mana-mana anggota yang dilantik untuk menggantikan seorang anggota lain yang telah mengosongkan jawatannya hendaklah merupakan baki tempoh jawatan yang anggota yang disebut kemudian itu dilantik pada asalnya.
Mesyuarat
5. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam enam bulan dan dalam tiap-tiap hal bermesyuarat dalam tempoh satu bulan dari penerimaan suatu laporan daripada Majlis Penyeliaan berkenaan dengan suatu aduan kegagalan BERNAMA untuk mematuhi mana-mana matlamat atau prinsipnya.
Pengerusi Lembaga mempunyai kuasa untuk mengadakan mesyuarat
Lembaga apabila difikirkan perlu oleh Pengerusi.
Suatu mesyuarat Lembaga hendaklah diadakan atas permintaan bertulis tidak kurang daripada separuh anggota dan bagi maksud ini seorang anggota silih ganti disifatkan sebagai anggota penuh jika dia bertindak dalam ketiadaan anggota penuh itu.
Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah enam orang yang tiga daripadanya hendaklah merupakan anggota yang mewakili tuan punya surat khabar.
17
Keputusan Lembaga hendaklah dengan cara undi lebih suara.
Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya.
Tatacara
6. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Bahagian II
Tempoh jawatan, dsb.
1. (1) Yang Dipertua dan anggota Majlis hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan layak dilantik semula.
Tempoh jawatan seseorang anggota baru yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan adalah baki tempoh jawatan anggota yang lain itu.
Kekosongan jawatan
2. Jawatan seseorang anggota Majlis selain anggota yang dilantik menurut jawatan dikosongkan jika—
dia mati;
dia tidak lagi berkelayakan;
dia menjadi bankrap, atau gila atau tidak sempurna akal;
dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Majlis, dan Majlis meluluskan suatu ketetapan mengisytiharkan jawatannya kosong;
peletakan jawatannya diterima oleh Majlis; atau
dia mencapai umur tujuh puluh tahun.
Mesyuarat
3. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat dalam tempoh satu bulan dari tarikh pelantikannya dan sebagai tambahan kepada mesyuarat itu hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun dan hendaklah melantik Setiausaha Lembaga sebagai Setiausaha kepada Majlis.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 780
Suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga secara rasmi atau apabila menerima apa-apa aduan daripada sesuatu surat khabar, radio atau televisyen yang menjadi pelanggan BERNAMA.
Tiga orang anggota hendaklah membentuk kuorum bagi sesuatu mesyuarat
Majlis.
Perbelanjaan
4. Segala perbelanjaan Majlis hendaklah dibayar daripada kumpulan wang
Tatacara
5. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.
19
Akta 780
(Disemak—2016)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan
Undang-undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A513
Akta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Pindaan) 1981 20-06-1979
Akta A777
Akta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Pindaan) 1990 31-08-1990
Akta 478
Akta Pembatalan Pengecualian Daripada
Bayaran Duti-Duti Setem 1992 21-02-1992
Akta A1011
Akta Bernama (Pindaan) 1998 20-03-1998
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN-BAHAGIANNYA
YANG DIGANTIKAN
No.
Tajuk
Akta No. 19 tahun 1967
Act Pertubohan Berita Nasional Malaysia, 1967
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 780
Akta 780
(Disemak—2016)
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Mukadimah
Akta A777 31-08-1990 2
Akta A777 31-08-1990 3
Akta A777
Akta A1011 31-08-1990 20-03-1998 3a
Akta A777 31-08-1990 4
Akta A777 31-08-1990 7
Akta A777 31-08-1990 22
Akta 478 21-02-1992
Jadual
Akta A513 20-06-1979
21
Akta 780
(Disemak—2016)
SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA
PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA
PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
[AKTA 1]
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
Susunan kandungan
Susunan kandungan di bawah tajuk “SUSUNAN SEKSYEN”
dimasukkan perenggan 6(1)(vii)
Keseluruhan Akta 1. Ejaan dan istilah dikemas kini perenggan 6(1)(xxa)
2. P e r k a t a a n
“ A k t a ”
menggantikan “Act”
perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “Malaysia”
menggantikan “Persekutuan”
perenggan 6(1)(xvii)
4. Perkataan “BERNAMA”
menggantikan “Pertubohan
Berita Nasional Malaysia”
perenggan 6(1)(vi)
5. P e r k a t a a n
“ a h l i ”
menggantikan perkataan
“anggota”
perenggan 6(1)(xxa)
6. Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv)
7. Noktah pada akhir nota bahu ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
Tajuk panjang
Perkataan “Suatu Akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan dan penyeliaan
Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.” menggantikan
“Suatu Act bagi menuboh dan memperbadankan Pertubohan
Berita Nasional Malaysia atau dalam bahasa Inggeris the
Malaysian National News
Agency dan bagi membuat peruntokan² berkenaan dengan pengurusan dan penyeliaan-nya dan berkenaan dengan perkara² lain yang berkaitan dengan-nya.”
perenggan 6(1)(vi), (xvi)
dan (xxi)
Mukadimah
Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(b)
Ayat mengundang-undang
Ditinggalkan subpperenggan 6(1)(i)(f)
seksyen 1
1. Perkataan “terpakai”
menggantikan “di-pakai”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
2. Koma ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)
3. Dibahagikan kepada subseksyen 1(1) dan (2)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
seksyen 2
1. Perkataan “, melainkan j i k a k o n t e k s n y a menghendaki makna yang lain” dimasukkan sebelum tanda sempang subperenggan 6(1)(iv)(a)
2. Tafsiran “BERNAMA” dan
“Lembaga” dimasukkan sebelum tafsiran “berita atau bahan berita”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
3. Ta f s i r a n “ M e n t e r i ”
ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(h)
23
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan subseksyen 3(1)
1. Dibahagikan kepada subseksyen 3(1) dan (2)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii) dan
(xxiv)
2. P e r k a t a a n
“ S u a t u pertubuhan perbadanan dengan nama “Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia”, atau dalam bahasa Inggeris
“Malaysian National News
Agency”, ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.”
menggantikan “Maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu pertubohan yang di-perbadankan bernama
“ P e r t u b o h a n B e r i t a
Nasional Malaysia” atau dalam bahasa Inggeris “The
Malaysian National News
Agency” (di-bawah ini di-sebut sa-bagai “Bernama”)
yang kekal turun temurun dan yang mempunyai suatu meteri”
perenggan 6(1)(iii)(xxi)
dan (xxa)
3. Perkataan “harta alih atau tak alih” menggantikan
“harta yang boleh di-aleh atau yang tak boleh di-aleh”
perenggan 6(1)(xxa)
4. Perkataan “melupuskan atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa urusan mengenai”
menggantikan “melepaskan harta itu atau dengan sa-chara lain membuat apa²
urusan berkenaan dengan-nya”
perenggan 6(1)(iii)
subseksyen 3(2)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen (3)
perenggan 6(1)(xii)
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. P e r k a t a a n
“ T a n p a menjejaskan keluasan subseksyen (2) tetapi, t e r t a k l u k k e p a d a
Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, BERNAMA hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang perlu atau suai manfaat bagi mencapai matlamatnya atau mana-mana matlamat itu” menggantikan “Dengan tidak menyentoh keluasan kuasa² yang tersebut di-atas tetapi, terta‘alok kapada peruntokan² Perlembagaan
Persekutuan dan Act ini, Bernama ada-lah mempunyaï dan hendak-lah menjalankan segala kuasa yang mungkin perlu atau menasabah untok menchapai tujuan²-nya atau mana² daripada tujuan²-
nya.”
perenggan 6(1)(iii)(xxa)
dan (xxi)
subseksyen 3(3)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen (4)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “pengagihan”
menggantikan “pembahagian”
perenggan 6(1)(xxa)
3. P e r k a t a a n “ d i a t u r ”
menggantikan “diperkirakan”
perenggan 6(1)(xxa)
subseksyen 3(4)
dan (5)
Ditinggalkan perenggan 6(1)(x)
seksyen 3a
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 5
perenggan 6(1)(xii)
2. P e r k a t a a n
“ b a g i perkongsian keuntungan, dsb.” menggantikan “untuk berkongsi keuntungan, dsb.” pada nota bahu perenggan 6(1)(xxa)
25
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
3. Perkataan “perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan, kerjasama atau usaha sama” menggantikan
“berkongsi keuntungan, menyatukan kepentingan-kepentingan, bekerjasama atau berusahasama”
perenggan 6(1)(xxa)
subseksyen 4(1)
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 6
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Matlamat”
menggantikan “tujuan²”
di mana-mana jua terdapat perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “objektif dan saksama mengenai apa-apa perkara kepentingan awam dan negara di dalam dan di luar Malaysia”
menggantikan “benar dan saksama atas apa² perkara kepentingan ‘awam dan bangsa di-dalam dan di-luar
Persekutuan”
perenggan 6(1)(iii), (xvii)
dan (xxa)
4. P e r k a t a a n
“ u n t u k mengagihkan berita atau bahan berita itu kepada p e l a n g g a n d e n g a n mengenakan bayaran sama ada dalam bentuk fi atau pertukaran berita atau kedua-duanya” menggantikan
“membahagi²kan berita atau bahan berita itu kapada pelanggan² dengan di-kenakan bayaran sama ada berupa wang atau pertukaran berita atau kedua²nya”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
5. P e r k a t a a n
“ u n t u k melaporkan secara benar dan patut, tanpa menjejaskan kepentingan awam dan negara, pandangan semua g o l o n g a n p e n d u d u k
Malaysia.” menggantikan
“melaporkan dengan sa-benar dan saksama-nya, dengan tidak menyentoh kepentingan ‘awam dan bangsa, pendapat² segala golongan pendudok²
Persekutuan.”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan subseksyen 4(2)
D i s u s u n s e m u l a d a n dinomborkan semula sebagai seksyen 8
perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
subseksyen 5(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “terletak hak”
menggantikan “terletak”
perenggan 6(1)(iii)
subseksyen 5(2)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(2)
perenggan 6(1)(xii)
2. Dibahagikan kepada subseksyen (2) dan (3)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
perenggan 5(2)(b) Perkataan “tidak lebih daripada enam orang wakil Kerajaan
Malaysia” menggantikan
“wakil² Kerajaan Persekutuan yang tidak lebeh daripada enam orang bilangan-nya”
perenggan 6(1)(xiii), (xxi)
dan (xxiv)
perenggan 5(2)(c)
1. Perkataan “tidak lebih daripada enam orang wakil tuan punya surat khabar di Malaysia yang merupakan pelanggan kepada BERNAMA.”
menggantikan “wakil²
tuanpunya² suratkhabar dalam Persekutuan yang menjadi pelanggan² kapada
Bernama yang tidak lebeh daripada enam orang bilangan-nya:”
perenggan 6(1)(xiii), (xvi),
dan (xxiv)
2. Noktah menggantikan noktah bertindih perenggan 6(1)(xvi)
3. Perkataan “Bilangan wakil yang dilantik di bawah perenggan (2)(b)
dan (c) hendaklah sama banyaknya.” menggantikan
“Dengan sharat bilangan wakil² yang di-lantek di-bawah perenggan (b) dan
sekshen-kechil ini hendak-lah sama banyak-nya.”
perenggan 6(1)(xii), (xxi)
dan (xxiv)
27
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan subseksyen 5(3)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(4)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Pengerusi
Lembaga hendaklah dilantik selepas berunding dengan tuan punya surat khabar di Malaysia yang menjadi pelanggan BERNAMA”
menggantikan “Pengerusi
Lembaga itu hendak-lah di-lantek sa-lepas di-adakan perundingan² dengan tuanpunya² suratkhabar dalam Persekutuan yang menjadi pelanggan² kapada
Bernama”
perenggan 6(1)(xxi)
subseksyen 5(4)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(5)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Anggota
Lembaga yang disebut dalam perenggan (2)
hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang dinamakan oleh tuan punya surat khabar di
Malaysia yang menjadi pelanggan BERNAMA”
menggantikan “Terta‘alok kapada sekshen-kechil
, ahli² Lembaga yang tersebut dalam perenggan
sekshen kechil (2)
itu hendak-lah di-lantek d a r i a n t a r a o r a n g ²
yang di-namakan oleh tuanpunya² suratkhabar dalam Persekutuan yang menjadi pelanggan² kapada
Bernama”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
subseksyen 5(5)
dan (6)
Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(aa)
subseksyen 5(7)
1. Dinomborkan semula sebagai subsekyen 7(6)
perenggan 6(1)(xii)
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. Perkataan “Bahagian I
Jadual hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga”
menggantikan “Peruntokan²
Bahagian 1 dalam Jadual kapada Act ini hendak-lah di-pakai bagi ahli²
Lembaga.”
perenggan 6(1)(iii)
seksyen 6
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 9
perenggan 6(1)(xii)
2. Dibahagikan kepada seksyen 9 dan 10 yang baru dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xiv)
dan (xxiv)
subseksyen 7(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 11(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Penyeliaan”
d i m a s u k k a n s e l e p a s
“Majlis” pada nota bahu perenggan 6(1)(iii)
3. P e r k a t a a n “ M a j l i s
Penyeliaan hendaklah mengandungi anggota y a n g b e r i k u t y a n g hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong:”
menggantikan “Ahli² Majlis
Penyeliaan hendak-lah di-lantek oleh Yang di-Pertuan
Agong dan hendaklah saperti berikut—”
perenggan 6(1)(iii), (xxi)
dan (xxiv)
4. Dibahagikan kepada subseksyen (2) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
subseksyen 8(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 12(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Dibahagikan kepada perenggan 12(1)(a) dan (b)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
3. Perkataan “Penyeliaan”
d i m a s u k k a n s e l e p a s
“Majlis” di mana-mana jua terdapat perenggan 6(1)(iii)
29
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan subseksyen 8(2)
1. Dibahagikan kepada perenggan (2)(a) dan (b)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1) (iii), (xxi)
dan (xxiv)
2. Perkataan “atas pengaduan yang di-buat itu atau atas perkara yang di-rujo‘kan kapada-nya saperti tersebut di-atas.” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)
subseksyen 8(3)
Perkataan “Majlis Penyeliaan hendaklah memberikan dapatan dan syornya yang disifatkan patut dibuat secara bertulis kepada Lembaga dengan seberapa segera yang mungkin apabila tamatnya siasatan itu” menggantikan
“Apabila tamat-nya sa-suatu siasatan dan dengan sa-berapa segera-nya yang boleh majlis Penyeliaan hendak-lah menghantar keputusan²-nya dan apa² jua pengeshoran yang di-fikirkan-nya patut di-buat dengan bertulis kapada
Lembaga”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
subseksyen 8(4)
Perkataan “Dapatan Majlis
Penyeliaan dan syor, jika ada, hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Majlis
Penyeliaan, disiarkan dengan sepenuhnya oleh Lembaga”
menggantikan “Keputusan²
dan pengeshoran² jika ada
Majlis Penyeliaan itu hendak-lah di-siarkan dengan sa-penoh-nya oleh Lembaga jika demikian di-arah oleh Majlis
Penyeliaan”
perenggan 6(1)(iii), (xiii)
dan (xxa)
subseksyen 9(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 13(1)
perenggan 6(1)(iii) dan
(xii)
2. Perkataan “hendaklah”
menggantikan “ada-lah berkuasa”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan subseksyen 9(2)
Perkataan “Pengurus Besar,
Setiausaha kepada Lembaga dan pegawai dan pekhidmat
Lembaga yang lain hendaklah diambil khidmat atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga”
menggantikan “Pengurus
Besar, Setia-usaha Lembaga dan lain² pegawai dan kakitangan Lembaga hendak-lah di-ambil bertugas atas apa² sharat sa-bagaimana yang boleh di-tetapkan oleh
Lembaga”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
subseksyen 10(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 14(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif” menggantikan
“ia-lah ketua pegawai kerja”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
subseksyen 10(2)
1. Perkataan “pekhidmat”
menggantikan “kakitangan”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
2. Perkataan “hendaklah berada di bawah kawalan”
menggantikan “ada-lah di-bawah pengawasan”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
seksyen 11
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 15
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Lembaga boleh menerima apa-apa sumbangan, pemberian, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah
BERNAMA” menggantikan
“Dengan tidak menyentoh mana² kuasa lain yang d i - b e r i k a p a d a - n y a menurut Act ini, Lembaga ada-lah berkuasa pada budibichara-nya menerima apa² charuman, pemberian, derma kekal, hadiah atau harta wasiat sa-bagaimana yang mungkin di-beri kapada atau untok faedah
Bernama”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
31
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan seksyen 12
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 16
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “kelulusan”
menggantikan “persetujuan”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
3. P e r k a t a a n
“ y a n g dikehendaki oleh Lembaga bagi menjalankan fungsinya dengan sepatutnya di bawah
Akta ini” menggantikan
“yang di-kehendaki-nya untok menjalankan tugas²-
nya dengan sa-patut-nya di-bawah Act ini”
perenggan 6(1)(iii)
seksyen 13
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 17(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Dibahagikan kepada subseksyen 17(1) dan 17(2)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat.
paragraphs 6(1)(xii), (xiii)
and (xxi)
3. Noktah menggantikan koma bernoktah perenggan 6(1)(xvi)
subseksyen 14(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 18(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “Akaun dan audit” menggantikan
“Kira² dan Odit” pada nota bahu perenggan 6(1)(xxa)
3. Perkataan “akaun yang sepatutnya dan rekod”
menggantikan “kira² yang betul dan rekod²”
perenggan 6(1)(iii)
4. Perkataan “operasinya”
menggantikan “perjalanan²-
nya”
perenggan 6(1)(xxa)
subseksyen 14(3)
1. Dibahagikan kepada subseksyen 18(3) dan 18(4)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(iii),
, (xiii) dan (xvi)
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. Perkataan “Lembaga hendaklah, seberapa s e g e r a y a n g b o l e h selepas berakhirnya setiap tahun kalendar, mengemukakan kepada
Menteri suatu penyata akaun yang telah diaudit mengenai pendapatan dan perbelanjaan Lembaga bagi tahun itu berserta dengan suatu penyata aset dan tanggungannya.”
menggantikan “Dengan sa-berapa segera yang boleh sa-lepas akhir tiap² tahun kalendar Lembaga hendak-lah menghantar kapada
Menteri suatu kira² yang telah di-odit berkenaan dengan pendapatan dan perbelanjaan Lembaga bagi tahun itu bersama² dengan suatu kenyataan mengenaï harta² dan tanggongan²-
nya;”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
3. P e r k a t a a n “ M e n t e r i hendaklah menyebabkan supaya akaun dan penyata yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) berserta dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian juruaudit mengenai akaun dan penyata itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis
Parlimen.” menggantikan
“dan Menteri hendak-lah menyebabkan supaya kira²
dan kenyataan itu bersama²
dengan suatu salinan apa²
perhatian yang telah di-buat oleh juru odit itu berkenaan dengan-nya di-bentangkan di-dalam tiap² satu Majlis
Parlimen.”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
subseksyen 15(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 19(1)
perenggan 6(1)(xii)
33
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. Dibahagikan kepada subseksyen 19(1) dan perenggan 19(2)(a) dan
dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
and (xxiv)
3. Perkataan “mewakilkan, secara bertulis di bawah meterai perbadanannya, kepada mana-mana orang atau badan mana-mana kewajipannya yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia.”
menggantikan “dengan suatu suratchara bertulis yang berchap dengan meteri-nya mewakilkan kapada mana² orang atau badan apa² jua kewajipan-nya yang mungkin perlu untok di-jalankan di-dalam atau di-luar Persekutuan:”
perenggan 6(1)(xiii), (xvi),
dan (xxiv)
4. Perkataan “Mana-mana orang atau badan yang d i w a k i l k a n d e n g a n kewajipan di bawah s u b s e k s y e n
( 1 ) – ”
menggantikan “Dengan sharat mana² orang atau badan itu”
perenggan 6(1)(xxi) dan
(xxiv)
5. Noktah menggantikan noktah bertindih perenggan 6(1)(xvi)
subseksyen 15(2)
1. Nota bahu “Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa” dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
2. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 20(1)
perenggan 6(1)(xii)
3. Dibahagikan kepada subseksyen 20(1) dan (2)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
seksyen 16
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 21
perenggan 6(1)(xii)
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. Perkataan “surat khabar yang beroperasi di dalam
Malaysia” menggantikan
“ s u r a t k h a b a r ² y a n g menjalankan urusan-nya dalam Persekutuan”
perenggan 6(1)(iii), (xvii)
dan (xxa)
subseksyen 17(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 22(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “sumbangan”
menggantikan “charuman²”
perenggan 6(1)(iii)
3. P e r k a t a a n “ b e k u e s ”
menggantikan “harta²”
perenggan 6(1)(iii)
subseksyen 17(2)
Dibahagikan kepada dua subseksyen 22(2) dan 22(3) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
subseksyen 18(1)
1. Disusun semula dan dinomborkan semula sebagai subseksyen 4(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. Dibahagikan kepada subseksyen (1) dan (2)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii) dan
(xxiv)
3. P e r k a t a a n “ M e t e r a i perbadanan” menggantikan
“Meteri Bernama” pada nota bahu perenggan 6(1)(xxiv)
4. Perkataan “BERNAMA hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh d i p e c a h k a n , d i t u k a r atau diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang
BERNAMA sifatkan patut.”
menggantikan “Bernama hendak-lah mempunyaï suatu meteri dan meteri itu boleh dari sa-masa ka-semasa di-pechahkan, di-tukar, di-ubah atau di-buat baharu sa-bagai yang nampak-nya patut.”
perenggan 6(1)(iii)
35
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
5. Noktah menggantikan noktah bertindih perenggan 6(1)(xvi)
6. Perkataan “Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia”
b o l e h l a h d i g u n a k a n s e b a g a i m e t e r a i perbadanan BERNAMA.”
menggantikan “Dengan sharat bahawa sa-hingga suatu meteri di-peruntokan di-bawah sekshen ini suatu chap yang mengandongi perkataan “PERTUBOHAN
BERITA NASIONAL
MALAYSIA” boleh-lah di-gunakan sa-bagai meteri-nya.”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
subseksyen 18(2)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 4(3)
perenggan 6(1)(xii)
2. Noktah menggantikan koma bernoktah perenggan 6(1)(xvi)
3. Dibahagikan kepada subseksyen 4(3) dan 4(4)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii) dan
(xxiv)
4. Perkataan “dokumen”
menggantikan “suratan”
perenggan 6(1)(iii)
5. Perkataan “dimeteraikan sewajarnya” menggantikan
“di-meteri sa-demikian-nya”
perenggan 6(1)(xxa)
6. Perkataan “Lembaga yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan”
menggantikan “Lembaga yang akan menandatangani tiap² surat-ikatan”
perenggan 6(1)(xxa)
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
7. P e r k a t a a n
“Penandatanganan itu hendaklah tanpa perlu diperakukan keesahannya menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai i t u t e l a h d i c a p k a n dengan sewajarnya dan sepatutnya dan adalah m e t e r a i BERNAMA yang sah di sisi undang-undang.” menggantikan
“ d a n d e n g a n t i d a k payah di-sahkan dengan tandatangan sa-saorang saksi penandatanganan itu hendak-lah menjadi keterangan yang chukup bahawa meteri itu telah di-chapkan dengan sempurna dan sa-betulnya dan bahawa meteri itu ia-lah meteri
Bernama yang sah di-sisi undang².”
perenggan 6(1)(iii)
seksyen 19
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 23
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “apa-apa”
menggantikan “suatu atau beberapa”
perenggan 6(1)(xxa) dan
(xxi)
3. Perkataan “di mana-mana” menggantikan “di beberapa”
perenggan 6(1)(xxa)
seksyen 20
Dinomborkan semula sebagai seksyen 24
perenggan 6(1)(xii)
subseksyen 21(1)
1. Dinomborkan semula sebagai subseksyen 25(1)
perenggan 6(1)(xii)
2. P e r k a t a a n “ t e r m a ”
menggantikan “syarat”
perenggan 6(1)(iii)
37
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan subseksyen 21(2)
Perkataan “Perkiraan bagi pemungutan dan pengagihan berita yang dibuat oleh
BERNAMA tidak menjejaskan hak surat khabar yang menjadi pelanggan BERNAMA untuk membuat perkiraannya sendiri bagi wartawannya untuk mendapatkan liputan berita”
menggantikan “Perkiraan²
berkenaan dengan pemungutan dan pembahagian berita yang di-buat oleh Bernama tidak-lah akan menyentoh hak suratkhabar² yang menjadi pelanggan membuat perkiraan²-nya sendiri yang bebas untok pemberita²-nya sendiri mendapat berita”
perenggan 6(1)(iii), (xxa)
dan (xxi)
seksyen 23
1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 26
perenggan 6(1)(xii)
2. Perkataan “perbuatan atau peninggalan salah yang disengajakan olehnya”
menggantikan “perbuatan atau ketinggalan yang salah dan sengaja oleh-nya”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxa)
seksyen 24
Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(aa)
JADUAL Tajuk
Perkataan “Seksyen 7 dan 11”
menggantikan “Seksyen 5
dan 7”
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
JADUAL
BAHAGIAN I perenggan 1
1. Nota bahu “Tempoh jawatan” dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
2. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 1(1)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
3. Perkataan “lebih daripada”
menggantikan “lebih dari”
perenggan 6(1)(xxa)
perenggan 2
Dinomborkan semula sebagai subperenggan 1(2)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
perenggan 3
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 1(3)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. Perkataan “Komunikasi dan
Multimedia” menggantikan
“Penerangan”
perenggan 6(1)(xvii)
perenggan 4
1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 2
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Anggota silih ganti” dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
3. Disusun semula dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xxa)
dan (xxiv)
perenggan 5
1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 3
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan” dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
3. Perkataan “dikosongkan”
menggantikan “hendak-lah menjadi kosong”
perenggan 6(1)(xxi)
4. Dalam subsubperenggan
hingga (d), perkataan
“jika” ditukar tempat dan diletakkan selepas perkataan “dikosongkan”
paragraph 6(1)(iii)
subsubperenggan 5(1)(c)
Perkataan “atau” dimasukkan sebelum “gila”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
subsubperenggan 5(1)(f)
Perkataan “dia mencapai umur tujuh puluh tahun”
menggantikan “ia berumor tujoh puloh tahun”
perenggan 6(1)(iii)
subsubperenggan 5(2)(a)
1. Perkataan “Dalam hal”
menggantikan “Berkenaan dengan”
perenggan 6(1)(iii)
2. Disusun semula serta istilah dan ejaan dikemas kini dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xxa)
dan (xxiv)
perenggan 6
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 4(1)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
39
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
2. Nota bahu “Tatacara pengisian kekosongan”
dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
3. Perkataan “subperenggan 3(1)” menggantikan
“perenggan 5”
perenggan 6(1)(xxiv)
4. Disusun semula serta istilah dan ejaan dikemas kini dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xxa)
dan (xxiv)
perenggan 7
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 4(1)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Disusun semula serta istilah dan ejaan dikemas kini dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xxa)
dan (xxiv)
perenggan 8
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 5(1)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Mesyuarat”
dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
3. Disusun semula serta istilah dan ejaan dikemas kini dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xxa)
dan (xxiv)
perenggan 9
D i n o m b o r k a n s e m u l a dan dibahagikan kepada subperenggan 5(2) dan (3)
dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
perenggan 10
1. Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada subperenggan 5(4) dan
dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)
dan (xxiv)
2. Disusun semula serta istilah dan ejaan dikemas kini dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xiii), (xxa)
dan (xxiv)
perenggan 11
Dinomborkan semula sebagai subperenggan 5(6)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 780
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan perenggan 12
1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Tatacara”
dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
JADUAL
BAHAGIAN II perenggan 1
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 1(1)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Tempoh jawatan, dsb.” dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
perenggan 2
Dinomborkan semula sebagai subperenggan 1(2)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
perenggan 3
Dinomborkan semula sebagai subperenggan 3(3)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
perenggan 4
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 3(1)
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Mesyuarat”
dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
perenggan 5
1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 4
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Perbelanjaan”
dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
perenggan 6
1. Dinomborkan semula sebagai subperenggan 3(2)
d e n g a n p e n g u b a h a n berbangkit dibuat perenggan 6(1)(vi), (xii),
, (xxi) dan (xxiv)
2. Perkataan “Pengelola”
selepas “Lembaga” dan
“kepada” selepas “menjadi pelanggan” ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxi)
perenggan 7
1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 2
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Kekosongan jawatan” dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
3. P e r k a t a a n “ m e n u r u t jawatan” menggantikan
“oleh sebab jawatan”
perenggan 6(1)(iii), (xxi)
dan (xxiv)
41
Peruntukan
Butir-butir pindaan
Kuasa pindaan
4. Dalam subsubperenggan
hingga (d), perkataan
“jika” ditukar tempat dan diletakkan selepas perkataan “dikosongkan”
paragraph 6(1)(iii)
subsubperenggan 7(1)(c)
Perkataan “atau” dimasukkan sebelum “gila”
perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
subsubperenggan 7(1)(f)
Perkataan “dia mencapai umur tujuh puluh tahun”
menggantikan “ia berumor tujoh puloh tahun”
perenggan 6(1)(iii)
perenggan 8
1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 5
perenggan 6(1)(xii) dan
(xxiv)
2. Nota bahu “Tatacara”
dimasukkan perenggan 6(1)(iii) dan
(xxiv)
Tarikh Perkenan
Diraja
3. Ditinggalkan perenggan 6(1)(xxiv)
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.