Skip to content
ActIn force

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1991
Sections
71
Languages
MS · EN

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 453 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.

Front matterCover and publication detailsOpen

Tarikh Persetujuan Diraja ... 28hb Mac 1991

Tarikh diterbitkan dalam

Warta ... ... 11hb April 1991

Akta 453

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan depositori-depositori pusat, dan pendepositan, pemegangan, pengeluaran dan urusniaga-urusniaga sekuriti yang didepositkan dengannya dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya. [ 15. 3. 1992 ] (B) 270/92 MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

PERMULAAN

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“akaun sekuriti” ertinya suatu akaun yang diwujudkan oleh sesuatu depositori pusat untuk seseorang pendeposit bagi merekodkan pendepositan atau pengeluaran sekuriti-sekuriti dan bagi urusniaga-urusniaga sekuriti-sekuriti tersebut oleh pendeposit itu;

“akses”, berhubungan dengan suatu sistem komputer, ertinya memasukkan maklumat ke dalam sistem itu dan pengambilan keluar maklumat daripada sistem itu;

"Akta" termasuklah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Bank Negare ...

"belian-masuk" ertinya belian yang dilaksanakan oleh suatu bursa saham atau tempat penjelasannya, mengikut kaedah-kaedah bursa saham itu, akan sekuriti-sekuriti yang telah gagal diserahkan oleh seseorang penjual pada hari yang ditetapkan bagi penyelesaian;

"bursa saham" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah subseksyen 2(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

"depositori pusat" ertinya sesuatu syarikat yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 5—

(a)

untuk menubuhkan dan mengendalikan suatu sistem bagi pengendalian pusat sekuriti-sekuriti, sama ada atau tidak disenaraikan di mana-mana bursa saham,—

(i)

yang dengannya kesemua sekuriti itu didepositkan dengan dan dipegang di dalam penjagaan oleh, atau didaftarkan atas nama, syarikat itu atau syarikat namaannya bagi pendeposit-pendeposit dan urusniaga-urusniaga berkenaan dengan sekuriti-sekuriti itu dilaksanakan melalui catatan-catatan dalam akaun-akaun sekuriti tanpa penyerahan fizikal skrip-skrip; atau

(ii)

yang membenarkan atau memudahkan penyelesaian transaksi-transaksi sekuriti atau urusniaga-urusniaga sekuriti tanpa penyerahan fizikal skrip-skrip; dan

(b)

untuk mengadakan kemudahan-kemudahan lain dan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersampingan dengannya;

"ejen depositori diberikuasa", berhubungan dengan mana-mana depositori pusat, ertinya seseorang yang dilantik di bawah seksyen 13 untuk menjadi ejen bagi depositori pusat itu;

"gadaian" termasuklah gadai-janji;

"jualan-keluar" ertinya jualan yang dilaksanakan oleh suatu bursa saham atau tempat penjelasannya, mengikut kaedah-kaedah bursa saham itu, akan sekuriti-sekuriti yang telah gagal disetujuterima dan dibayar oleh seseorang pembeli apabila diserahkan pada hari yang ditetapkan bagi penyelesaian;

"kaedah-kaedah" ertinya kaedah-kaedah sesuatu depositori pusat yang ditubuhkan dan disenggarakan, atau dicadang untuk ditubuhkan dan disenggarakan, oleh sesuatu syarikat dan termasuklah kaedah-kaedah yang terkandung dalam memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan syarikat itu;

“maklumat” termasuklah data yang direkodkan dalam bentuk yang boleh diproses oleh kelengkapan yang berjalan secara automatik sebagai tindakbalas kepada arahan-arahan yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu;

"Menteri" ertinya Menteri Kewangan;

"organicasi peserta"...

“pasaran saham” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah subseksyen 2(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

... Maya beneficial ...

Pendaftar ertinya Pendaftar Syarikat yang dilantik di bawah Akta Syarikat 1965 dan termasuklah mana-mana Pendaftar Serantau, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;

“pendposit”ertinya seseorang pemegang suatu akaun sekuriti;

"penerbit", berhubungan dengan mana-mana sekuriti telah-deposit, ertinya syarikat awam, perbadanan, kerajaan, atau badan, yang diperbadankan atau tak diperbadankan, yang menerbitkan sekuriti itu, dan termasuklah mana-mana orang yang melaksanakan fungsi-fungsi sebagai pendaftar atau pengendali penerbitan untuk penerbit tersebut berkenaan dengan sekuriti itu;

"pengguna" ertinya ejen depositori diberikuasa, penerbit, bursa saham, pertubuhan perbadanan yang bertindak sebagai tempat penjelasan bagi bursa saham, atau seseorang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, yang boleh diberikan akses kepada sistem komputer sesuatu depositori pusat;

"peniaga" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah subseksyen 2(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

"rekod" termasuklah, sebagai tambahan kepada sesuatu rekod secara bertulis,—

(b)

apa-apa cakera, pita, alur-bunyi atau alat lain yang di dalamnya terkandung bunyi-bunyian atau data lain (yang bukan imajan tampak) dengan cara yang membolehkannya (dengan atau tanpa bantuan peralatan lain) dikeluarkan semula daripadanya; dan

(c)

apa-apa filem, pita atau alat lain yang di dalamnya terkandung imajan-imajan tampak dengan cara yang membolehkannya (dengan atau tanpa bantuan peralatan lain) dikeluarkan semula daripadanya, dan apa-apa sebutan mengenai suatu salinan sesuatu rekod termasuklah—

(i)

dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (b) tetapi tidak perenggan (c) takrif ini, suatu transkrip bunyi-bunyian atau data lain yang terkandung di dalamnya;

(ii)

dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (c) tetapi tidak perenggan (b) takrif ini, suatu pengeluaran semula yang pegun akan imajan-imajan yang terkandung di dalamnya, sama ada diperbesarkan ataupun tidak; dan

(iii)

dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (b) dan perenggan (c) takrif ini, transkrip bunyi-bunyian atau data lain yang terkandung di dalamnya bersama-sama dengan pengeluaran semula yang pegun akan imajan-imajan yang terkandung di dalamnya;

“sekuriti” ertinya debentur, nota, saham dan syer di dalam sesuatu syarikat awam atau perbadanan, atau bon mana-mana kerajaan atau mana-mana badan, yang diperbadankan atau tak diperbadankan, dan termasuklah apa-apa hak atau opsyen yang berkenaan dengannya dan apa-apa kepentingan sepertimana yang ditakrifkan dalam seksyen 84 Akta Syarikat 1965;

"sekuriti bukan pembawa" ertinya sekuriti yang lain daripada sekuriti pembawa;

“sekuriti hutang” ertinya debentur, bon, nota, atau suratcara lain yang sepertinya yang merupakan atau yang menjadi keterangan keterhutangan, sama ada bercagar atau selainnya;

“sekuriti pembawa” ertinya sekuriti yang hakmilik kepadanya boleh dipindahkan melalui penyerahan (sama ada dengan atau tanpa pengendorsan) skrip yang merupakan sekuriti tersebut;

"sekuriti telah-deposit" ertinya sekuriti yang berada pada kredit suatu akaun sekuriti dan termasuklah sekuriti dalam akaun sekuriti yang dalam gantungan;

"sekuriti telah-deposit tak tersenarai" ertinya sekuriti telah-deposit yang lain daripada sekuriti telah-deposit tersenarai;

"sistem komputer", berhubungan dengan sesuatu depositori pusat, ertinya sistem komputer, yang diwujudkan oleh depositori pusat, yang menjadi sebahagian daripada sistem bagi pengendalian pusat sekuriti-sekuriti yang antara lainnya terdiri daripada—

"sekuriti telah-deposit tersenarai" ertinya sekuriti telah-deposit yang disebutharga pada senarai rasmi suatu bursa saham;

"senarai rasmi", berhubungan dengan suatu bursa saham, ertinya senarai yang menyatakan kesemua sekuriti yang telah dimasukkan untuk disebutharga pada bursa saham itu;

(a)

kelengkapan pusat yang terdiri daripada perkakasan, dan perisian yang berkaitan dengan perkakasan itu, yang terletak di premis depositori pusat itu; dan

(b)

terminal-terminal yang terletak di premis pengguna-pengguna;

Skin amanah ----

"skrip" ertinya apa-apa dokumen yang adalah, atau yang adalah dokumen hakmilik kepada, sekuriti;

Suruhanjaya ...

"syarikat anggota" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah subseksyen 2(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

"syarikat namaan", berhubungan dengan sesuatu depositori pusat, ertinya suatu syarikat yang dilantik oleh depositori pusat itu bagi maksud memegang mana-mana sekuriti telah-deposit;

"syankat pemegangan burea ...

4 undang-undang secund ...

"urushiaga", berhubungan dengan mana-mana sekuriti telah-deposit, termasuklah penggadaian atau persandaran sekuriti telah-deposit itu oleh seseorang pendeposit.

(2)

Sesuatu sebutan mengenai tulisan hendaklah disifatkan sebagai termasuklah apa-apa cara penggambaran atau pengeluaran semula huruf-huruf, angka-angka atau tanda-tanda dalam bentuk boleh nampak.

(3)

Sesuatu sebutan mengenai sekuriti yang didepositkan, atau dikehendaki didepositkan, dengan suatu depositori pusat hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pendepositan atau kehendak bagi pendepositan—

Bahagian II

DEPOSITORI PUSAT

Seksyen 3

(1)

Tiada seorang pun boleh menubuhkan dan menyenggarakan atau mengemukakan dirinya sebagai menyenggarakan suatu depositori pusat melainkan jika suatu kelulusan secara bertulis telah diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 5.

(2)

Seseorang yang melanggar peruntukan peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 4

(1)

Mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang bercadang untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu depositori pusat hendaklah memohon secara bertulis kepada Menteri bagi kelulusan.

(2)

Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan yang berikut:

(a)

suatu salinan memorandum dan perkara-perkara persatuan, yang telah ditentusahkan dengan sewajarnya melalui suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon;

(b)

suatu salinan kunci kira-kira, akaun untung rugi yang diaudit (bersama dengan apa-apa nota mengenainya) yang terakhir dan laporan-laporan, jika ada, daripada juruaudit-juruaudit dan pengarah-pengarah pemohon;

(i)

nama, tempat dan tarikh pemerbadanan pemohon;

(ii)

pejabat berdaftar dan tempat ataupun tempat yang dicadangkan bagi perniagaan pemohon;

(iii)

nama dan alamat pengarah-pengarah pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya, dan pemegang-pemegang syer substansial, mengikut pengertian seksyen 69D Akta Syarikat 1965, bagi pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya; dan

(iv)

nama bursa saham, jika ada, yang berkenaan dengannya depositori pusat itu akan ditubuhkan dan disenggarakan;

(d)

maklumat pengendalian mengenai sistem yang akan diwujudkan dan disenggarakan oleh depositori pusat itu;

(e)

suatu salinan kaedah-kaedah yang akan terpakai bagi depositori pusat itu;

(f)

fee-fee dan caj-caj yang dicadangkan yang akan dikenakan oleh pemohon berkenaan dengan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan diadakan oleh depositori pusat itu, termasuklah fee-fee dan caj-caj bagi—

(i)

perwujudan dan penyenggaraan akaun-akaun sekuriti;

(iii)

pengeluaran penyata-penyata akaun di bawah seksyen 26;

(iv)

pembuatan catatan-catatan dalam akaun-akaun sekuriti berkenaan dengan transaksi-transaksi luar-pasaran di bawah seksyen 31;

(v)

pengeluaran rekod-rekod pendeposit pendeposit di bawah seksyen 34;

(vi)

pembuatan catatan-catatan dalam akaun-akaun sekuriti menurut apa-apa gadaian atau sandaran sekuriti-sekuriti telah-deposit di bawah seksyen 40; dan

(g)

apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Menteri bagi maksud-maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon itu untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu depositori pusat.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan, Menteri boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon memberikan maklumat atau dokumen-dokumen tambahan.

Seksyen 5

(1)

Menteri boleh secara bertulis meluluskan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 4 bagi penubuhan dan penyenggaraan suatu depositori pusat jika dia berpuas hati—

(a)

bahawa suatu bursa saham adalah suatu pemegang syer pemohon; G... AA 942

(b)

bahawa kaedah-kaedah pemohon itu membuat peruntukan yang memuaskan—

(i)

berkenaan dengan syarat-syarat yang di bawahnya sekuriti-sekuriti boleh didepositkan dengan, dipegang oleh, dikeluarkan daripada, atau dipindahkan dalam, depositori pusat itu;

(ii)

bagi pemegangan sekuriti-sekuriti yang didepositkan dengan depositori pusat itu atau syarikat namaannya;

(iii)

bagi pemprosesan urusniaga-urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit;

(iv)

bagi memudahkan penyelesaian sekuriti-sekuriti telah-deposit;

(v)

bagi perlindungan kepentingan-kepentingan pendeposit-pendeposit dan perlindungan dan pengawalan maklumat mengenai sekuriti-sekuriti telah-deposit dan urusniaga-urusniaga berkenaan dengannya;

(vi)

bagi mengawasi pematuhan, dan bagi penguatkuasaan, kaedah-kaedah depositori pusat itu;

(vii)

berkenaan dengan penyenggaraan polisi atau polisi-polisi insurans, dan penubuhan dan penyenggaraan kumpulan-kumpulan wang pampasan, bagi maksud menyelesaikan tuntutan-tuntutan oleh pendposit-pendposit terhadap depositori pusat itu, syarikat-syarikat namaannya dan ejen-ejen depositori diberikuasanya; dan

(viii)

pada amnya bagi menjalankan urusan depositori pusat itu dengan memberikan perhatian yang wajar kepada kepentingan awam; dan

(c)

bahawa penubuhan dan penyenggaraan depositori pusat itu akan menggalakkan perkembangan positif pasaran modal di Malaysia dan bahawa kepentingan orang awam yang berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit (sama ada atau tidak disenaraikan di suatu bursa saham) akan tercapai dengan pemberian kelulusannya.

(2)

Menteri boleh, dalam meluluskan mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1), mengenakan—

(a)

kehendak-kehendak berkenaan dengan modal berbayar atau modal dibenarkan depositori pusat itu;

(b)

syarat-syarat berhubungan dengan pemegangan syer anggota-anggota depositori pusat itu; dan

(c)

apa-apa kehendak atau syarat lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai. (3)...

Seksyen 6

(1)

Menteri boleh menubuhkan suatu jawatankuasa penasihat berkenaan dengan suatu depositori pusat yang fungsinya adalah—

(a)

untuk menasihati depositori pusat itu mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diadakan oleh depositori tersebut;

(b)

untuk membuat syor-syor atau cadangan-cadangan bagi memperbaiki kecekapan depositori pusat itu; dan

(c)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Suatu jawatankuasa penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(d)

tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain yang telah mempunyai pengalaman mengenai, dan menunjukkan keupayaan dalam, perkara-perkara yang berhubungan dengan pasaran modal, kewangan atau pelaburan.

(3)

Menteri boleh melantik seseorang untuk menjadi anggota sementara jawatankuasa itu dalam masa ketakupayaan sementara mana-mana anggota oleh sebab sakit, atau dalam masa mana-mana anggota tidak berada buat sementara waktu di dalam Malaysia.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(5)

Perlantikan seseorang anggota boleh dibatalkan oleh Menteri pada bila-bila masa tanpa memberikan apaapa sebab baginya.

(6)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.

Seksyen 7

(1)

Jika sesuatu pindaan dibuat kepada kaedah-kaedah suatu depositori pusat, depositori pusat itu hendaklah mengemukakan suatu notis bertulis mengenainya kepada Menteri.

(2)

Jika notis mengikut peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidak diberikan dalam masa dua puluh satu hari selepas sesuatu pindaan itu dibuat, pindaan itu hendaklah terhenti berkuatkuasa.

(3)

Menteri boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas menerima notis di bawah subseksyen (1) memberikan notis kepada depositori pusat yang berkenaan itu bahawa dia tidak membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian tertentu daripada pindaan yang berkenaan itu dan dengan demikian keseluruhan atau bahagian yang tertentu itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terhenti berkuatkuasa dan berkesan.

(4)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan depositori pusat itu, meminda kaedah-kaedah depositori pusat tersebut melalui notis bertulis yang menyatakan pindaan-pindaan itu dan tarikh-tarikh pindaan-pindaan itu hendaklah mula berkuatkuasa.

(5)

Mana-mana notis di bawah seksyen ini bolehlah disampaikan kepada diri atau melalui pos.

Seksyen 8

(1)

Sesuatu depositori pusat hendaklah mengambil semua langkah dan melakukan semua perkara yang perlu untuk memastikan keteraturan urusniaga-urusniaga sekuriti yang telah didepositkan atau diserahsimpan dengannya.

(2)

Sesuatu depositori pusat boleh, dalam melaksanakan fungsinya di bawah subseksyen (1), memberi penerbit mana-mana sekuriti telah-deposit arahan-arahan—

(a)

supaya melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang tertentu; atau

(b)

supaya tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang tertentu.

(3)

Penerbit yang gagal mematuhi maana-mana arahan yang diberikan oleh suatu depositori pusat di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.

Seksyen 9

(1)

Mana-mana orang yang ialah ejen depositori diberikuasa, penerbit, pendeposit, atau pengguna hendaklah mematuhi, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah sesuatu depositori pusat setakat yang kaedah-kaedah itu berupa sebagai terpakai bagi orang itu.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "kaedah-kaedah" termasuklah mana-mana arahan yang diberikan, dari semasa ke semasa, oleh sesuatu depositori pusat kepada mana-mana orang menurut mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 10

(1)

Sesuatu depositori pusat hendaklah memberi Pendaftar apa-apa bantuan yang semunasabahnya dikehendaki-olehnya bagi pelaksanaan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya di bawah Akta ini.

(2)

Pendaftar adalah berhak pada setiap masa yang munasabah mendapat akses yang penuh dan bebas kepada mana-mana bahagian premis sesuatu depositori pusat bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

(3)

Seseorang yang enggan atau gagal, tanpa alasan yang sah, memberi/Pendaftar akses kepada mana-mana premis yang disebutkan dalam subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi/lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bahagian III

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN SEKURITI-SEKURITI TELAH-DEPOSIT

PENGGAL I—PENDEPOSITAN SEKURITI-SEKURITI

Seksyen 11

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"hari pasaran", berhubungan dengan sesuatu bursa saham, ertinya hari suatu pasaran saham bursa saham itu dibuka untuk perdagangan sekuriti-sekuriti;

"juruaudit syarikat diluluskan" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;

"rekod pendeposit-pendeposit" ertinya suatu rekod yang diberikan oleh suatu depositori pusat kepada suatu penerbit di bawah seksyen 34 yang mengandungi butirbutir yang dinyatakan dalam subseksyen (3) seksyen tersebut;

"sekuriti ditetapkan" ertinya sekuriti yang telah ditetapkan oleh sesuatu bursa saham untuk didepositkan dengan suatu depositori pusat di bawah seksyen 14;

"sijil jumbo", berhubungan dengan sekuriti telah-deposit, ertinya suatu sijil yang terdiri daripada tidak kurang daripada lima puluh ribu unit sekuriti sesuatu penerbit yang didaftarkan di atas nama suatu depositori pusat atau syarikat namaannya, sebagai namaan bagi pendeposit-pendeposit;

“tarikh ditetapkan”, berhubungan dengan mana-mana sekuriti ditetapkan, ertinya tarikh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan oleh suatu bursa saham di bawah seksyen 14 sebagai hari terakhir sekuriti ditetapkan itu boleh diperdagangkan di suatu pasaran saham bursa saham itu melainkan jika sekuriti itu telah didepositkan dengan depositori pusat;

“tarikh pemberitahuan”ertinya tarikh notis menurut subseksyen 14 (2) diberikan oleh suatu bursa saham.

Seksyen 12

(1)

Sesuatu depositori pusat hendaklah mengadakan atau menyebabkan diadakan segala kemudahan sebagaimana yang perlu—

(a)

untuk memudahkan pendepositan dan pengeluarancekapsekuriti-sekuriti;

(b)

untuk memudahkan pendaftaran urusniaga-urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit;

(c)

untuk memastikan penjagaan selamat skripskrip dan dokumen-dokumen lain yang merupakan sekuriti-sekuriti telah-deposit;

(d)

untuk menjaga daripada pemalsuan apa-apa rekod atau akaun yang dikehendaki supaya disimpan atau disenggarakan di bawah Akta; dan

(e)

untuk mewujudkan suatu sistem yang patut dan cekap bagi penentusahan, pemeriksaan, pengenalpastian dan perekodan kesemua sekuriti yang didepositkan dengan depositori pusat itu.

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan tugas-tugas lain yang hendaklah dilaksanakan oleh sesuatu depositori pusat sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(b)

untuk membuka, menyenggarakan dan menutup akaun-akaun sekuriti;

Seksyen 13

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, sesuatu depositori pusat boleh melantik mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (2) untuk menjadi ejen depositori diberikuasanya bagi segala atau mana-mana maksud berikut:

(a)

untuk memudahkan pendepositan dan pengeluaran sekuriti-sekuriti;

(c)

untuk membuat catatan-catatan dalam akaun-akaun sekuriti;

(d)

untuk memungut fee-fee dan caj-caj yang dikenakan oleh depositori pusat itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedahnya; dan

(e)

apa-apa maksud lain yang bersampingan dan berkaitan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.

(2)

Sesuatu depositori pusat boleh melantik sebagai ejen depositori diberikuasanya mana-mana yang berikut:

(b)

suatu pertubuhan perbadanan yang bertindak sebagai tempat penjelasan bagi suatu bursa saham;

PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 23

(d)

suatu bank, bank saudagar atau syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah subseksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

(e)

suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Akta 276. Bank Islam 1983;

(g)

suatu pertubuhan perbadanan daripada jenis yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini,

(f)

suatu bank yang ditubuhkan di bawah suatu Akta Parlimen; atau dan mana-mana ejen depositori diberikuasa yang dilantik sedemikian, dalam menjalankan segala atau mana-mana maksud yang disebutkan dalam subseksyen (1), hendaklah, apabila dikehendaki sedemikian oleh depositori pusat itu atau oleh Pendaftar, berkenaan dengan maksud-maksud tersebut, dibenarkan memberikan, membuka, menzahirkan atau mendedahkan kepada depositori pusat itu atau kepada Pendaftar apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan sesuatu akaun sekuriti.

(3)

Seseorang tidak boleh bertindak sebagai ejen depositori diberikuasa atau mengemukakan dirinya sebagai ejen depositori diberikuasa melainkan jika dia telah dilantik sedemikian secara bertulis oleh suatu depositori pusat.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 14

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), sesuatu bursa saham boleh, dari semasa ke semasa selepas berunding dengan suatu depositori pusat, menetapkan bahawa mana-mana sekuriti, yang disenaraikan atau yang dicadangkan untuk disenaraikan bagi disebutharga pada senarai rasminya, hendaklah didepositkan dengan depositori pusat itu.

(2)

Sesuatu bursa saham hendaklah memberikan notis kepada orang awam mengenai semua sekuriti yang ditetapkan olehnya untuk didepositkan dengan depositori pusat melalui iklan dalam tidak kurang daripada tiga buah akhbar kebangsaan harian, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris.

(3)

Sesuatu notis di bawah subseksyen (2) hendaklah mengenalpasti sekuriti ditetapkan itu dan hendaklah menyatakan suatu tarikh (yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disiarkan) yang pada atau sebelumnya sekuriti-sekuriti tersebut hendaklah didepositkan.

(4)

Bagi maksud-maksud Akta ini, pendepositan manamana sekuriti ditetapkan oleh seseorang dengan ejen depositori diberikuasa suatu depositori pusat hendaklah disifatkan sebagai suatu pendepositan sekuriti itu dengan depositori pusat itu.

Seksyen 15

(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi semua perdagangan sekuriti-sekuriti ditetapkan dalam tempoh yang bermula pada hari selepas sahaja tarikh pemberitahuan dan yang berakhir pada tarikh ditetapkan.

(2)

Tiada seorang pun boleh berdagang mana-mana sekuriti ditetapkan di suatu pasaran saham tanpa mempunyai suatu akaun sekuriti.

(3)

Skrip yang merupakan sekuriti ditetapkan yang dijual pada atau selepas tarikh pemberitahuan dan diserahkan oleh, atau bagi pihak, seseorang penjual kepada ejen depositori diberikuasa bagi maksud menyelesaikan suatu jualan hendaklah, atas penyelesaiannya, dihantarkan oleh ejen itu kepada penerbit skrip itu bersama-sama dengan suratcara pemindahan yang relevan, jika ada.

(4)

Peruntukan-peruntukan subseksyen 18(2) hingga 18(8) hendaklah terpakai bagi—

(b)

penerbit-penerbit yang dengannya dokumen-dokumen yang disebutkan dalam subseksyen (3) seksyen ini telah diserahsimpan.

Seksyen 16

(1)

Sesuatu depositori pusat boleh, melalui notis, menetapkan suatu tarikh yang selepasnya tiada syarikat anggota atau namaan sesuatu syarikat anggota boleh menerima skrip yang merupakan sekuriti ditetapkan semata-mata bagi penjagaan selamat.

(2)

Sesuatu depositori pusat hendaklah memberikan notis kepada orang awam tentang tarikh yang ditetapkan dalam subseksyen (1) melalui iklan dalam tidak kurang daripada tiga buah akhbar kebangsaan harian, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris.

Seksyen 17

(1)

Sesuatu sekuriti ditetapkan tidak boleh, selepas tarikh ditetapkan, diperdagangkan di suatu pasaran saham melainkan jika sekuriti tersebut telah didepositkan dengan suatu depositori pusat.

(2)

Sesuatu sekuriti ditetapkan boleh, pada bila-bila masa selepas tarikh ditetapkan, didepositkan oleh seseorang pendeposit dengan depositori pusat itu tetapi sekuriti tersebut tidaklah boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu transaksi yang dilakukan di suatu pasaran saham sebelum daripada tarikh pendepositan sekuriti itu.

Seksyen 18

(1)

Sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah, selepas pendepositan oleh mana-mana orang akan sesuatu skrip yang merupakan sesuatu sekuriti ditetapkan dan suratcara pemindahan yang berkenaan dengannya, jika ada, menyerahsimpan skrip dan suratcara itu dengan penerbit sekuriti itu.

(2)

Penerbit itu hendaklah, apabila menerima skrip dan suratcara itu, dengan segera melakukan segala tindakan dan perkara yang perlu untuk mendaftarkan pemindahan sekuriti di bawah skrip itu atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

sesuate bursa

Saham AA742

(3)

Tanpa menjejaskan hak penerbit untuk menolak pendaftaran sesuatu pemindahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, penerbit itu hendaklah menolak pendaftaran pemindahan yang disebutkan dalam subseksyen (2) jika—

(a)

ia menentukan bahawa skrip itu bukan suatu skrip yang tulen atau adalah suatu skrip yang telah dilaporkan hilang atau musnah; atau

(b)

berhubungan dengan mana-mana sekuriti tersebut, ia mendapat tahu bahawa—

(i)

terdapat suatu penduaan dalam penerbitan skrip yang merupakan sekuriti itu; atau

(ii)

skrip itu adalah suatu skrip yang diterbitkan dengan melebihi modal syer terbitan penerbit itu; atau

(c)

ia telah disampaikan dengan suatu perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten yang melarang apa-apa urusniaga berkenaan dengan sekuriti di bawah skrip itu; atau

(d)

suatu perintah di bawah peraturan 8 Peraturan Peraturan Perlu (Perlindungan kepada Pendeposit) 1986 telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia dan disiarkan dalam Warta menghalang orang yang mendepositkan skrip itu daripada berurusniaga dengan mana-mana wang, harta atau asetnya.

(4)

Dalam masa tujuh hari pasaran selepas sesuatu pemindahan diserahsimpan dengan penerbit atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh suatu depositori pusat, penerbit itu hendaklah (selain daripada dalam mana-mana hal yang disebutkan dalam subseksyen (3) di atas) menyiapkan dan menyerahkan sijil yang berkenaan kepada depositori pusat itu.

(5)

Seksyen 105 Akta Syarikat 1965 tidaklah terpakai berhubungan dengan mana-mana pemindahan yang dikehendaki supaya didaftarkan oleh penerbit menurut seksyen ini dan subseksyen 15(4), tetapi jika penerbit menolak pendaftaran sesuatu pemindahan sedemikian, ia hendaklah menyampaikan kepada pemindah dan depositori pusat itu (yang merupakan penerima pindahan) suatu notis bertulis yang memberikan sebab-sebab bagi penolakan itu.

(6)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 103 Akta Syarikat 1965, sesuatu suratcara pemindahan yang diserahsimpan dengan penerbit menurut subseksyen (1) hendaklah boleh didaftarkan atas nama suatu depositori pusat atau syarikat namaannya jika suratcara itu telah diperakui oleh ejen depositori diberikuasa sebagai ganti penyempurnaannya oleh depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

(7)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

(a)

sesuatu suratcara pemindahan hendaklah disifatkan sebagai diperakui jika ia mengandungi perkataan-perkataan "sijil diserahsimpan bagi pendaftaran atas nama ... (nama depositori pusat atau syarikat namaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan) ..." atau perkataan-perkataan yang bermaksud sedemikian;

(b)

perakuan sesuatu suratcara pemindahan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh ejen depositori diberikuasa jika—

(i)

orang yang mengeluarkan suratcara itu ialah seseorang yang pada zahirnya diberikuasa untuk mengeluarkan suratcara-suratcara pemindahan yang terperaku bagi pihak ejen itu; dan

(ii)

perakuan itu telah ditandatangani oleh seseorang yang pada zahirnya diberikuasa untuk memperakui pemindahan-pemindahan bagi pihak ejen itu;

(c)

sesuatu perakuan yang berupa sebagai disahkan melalui tandatangan atau tandatangan ringkas seseorang (sama ada ditulis-tangan atau tidak)

hendaklah disifatkan sebagai ditandatangani oleh orang itu, melainkan jika adalah ditunjukkan bahawa tandatangan atau tandatangan ringkas itu tidak diturunkan olehnya atau tidak diturunkan oleh mana-mana orang lain yang pada zahirnya diberikuasa untuk menggunakan tandatangan atau tandatangan ringkas itu bagi maksud memperakui pemindahan-pemindahan bagi pihak ejen itu.

(8)

Penerbit yang gagal mematuhi subseksyen (4) atau (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan.

(9)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sekuriti-sekuriti pembawa.

Seksyen 19

(1)

Sesuatu depositori pusat dan ejen depositori diberikuasanya tidaklah, kecuali dalam hal apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran sengaja di pihak depositori pusat itu atau ejen depositori diberikuasanya, bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau liabiliti yang dialami atau ditanggung oleh mana-mana orang berkenaan dengan sesuatu urusniaga mana-mana sekuriti yang pemindahannya telah ditolak di bawah seksyen 18.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah boleh berkuatkuasa untuk melepaskan ejen depositori diberikuasa daripada apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh kaedah-kaedah sesuatu bursa saham atas sifatnya sebagai suatu syarikat anggota untuk melaksanakan apa-apa belian-masuk, sama ada secara langsung atau selainnya, berikutan daripada penolakan pendaftaran sesuatu pemindahan di bawah seksyen 18.

Seksyen 20

(1)

Sesuatu depositori pusat boleh menghendaki penerbit sekuriti-sekuriti telah-deposit untuk mengeluarkan atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya suatu sijil jumbo bagi sekuriti-sekuriti tersebut.

(2)

Penerbit itu hendaklah, apabila menerima suatu kehendak di bawah seksyen ini, dengan segera mengambil apa-apa tindakan yang sesuai bagi pengeluaran sijil jumbo itu kepada depositori pusat itu.

(3)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sekuriti-sekuriti pembawa.

Seksyen 21

Bagi maksud-maksud perenggan $ 6 \mathrm{A} ( 9 ) ( a ) $ Akta Syarikat 1965, sesuatu depositori pusat atau syarikat namaannya hendaklah, berhubungan dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit yang didaftarkan atas namanya, disifatkan sebagai pemegang amanah tersahaja.

Seksyen 22

PENGGAL II—PENGELUARAN SEKURITI-SEKURITI

(1)

Tertakluk kepada seksyen 24 dan peruntukan peruntukan seksyen ini, seseorang pendeposit boleh, atas permohonan kepada depositori pusat itu, mengeluarkan sesuatu sekuriti yang berada pada kredit akaun sekuritinya.

(2)

Jika suatu permohonan dibuat di bawah seksyen ini untuk mengeluarkan sesuatu sekuriti telah-deposit yang didaftarkan atas nama suatu depositori pusat atau syarikat namaannya, depositori pusat itu hendaklah menyerah-simpan dengan penerbit—

(b)

suratcara pemindahan yang disempurnakan dengan sewajarnya oleh depositori pusat itu atau syarikat namaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud melaksanakan pemindahan sekuriti itu kepada pendeposit itu atau kepada mana-mana orang yang dinamakan olehnya.

(3)

Seseorang pendeposit hendaklah, apabila tuntutan dibuat oleh suatu depositori pusat, membayar kepada depositori pusat itu amaun yang berkenaan bagi duti setem yang kena dibayar ke atas suratcara pemindahan yang hendak diserahsimpan dengan penerbit di bawah subseksyen (2).

(4)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 107 Akta Syarikat 1965, penerbit hendaklah, dalam masa dua minggu selepas skrip dan suratcara pemindahan yang berkenaan dengannya itu diserahsimpan dengannya,—

(a)

menyiapkan dan menyediakan bagi penyerahan kepada pendeposit itu sijil yang berkenaan yang didaftarkan atas nama pendeposit tersebut atau atas nama mana-mana orang yang dinamakan olehnya, dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan sekuriti itu, jika ada; dan

(b)

melainkan jika diarahkan selainnya oleh pendeposit itu, menghantar atau menyerahkan sijil yang telah siap itu dan apa-apa dokumen lain, jika ada, kepada pendeposit itu atau kepada mana-mana orang yang dinamakan olehnya.

(5)

Bagi maksud-maksud subseksyen (3) dan Akta Setem 1949, balasan bagi pemindahan sesuatu sekuriti kepada seseorang pendeposit hendaklah disifatkan sebagai—

(a)

dalam hal sekuriti telah-deposit tersenarai, harga penutup bagi sekuriti tersebut yang disiarkan oleh suatu bursa saham (di mana sekuriti tersebut disenaraikan) sepertimana pada hari pasaran yang terakhir yang padanya sekuriti tersebut telah diperdagangkan sebelum daripada pengemukaan permohonan di bawah subseksyen (1); dan

(b)

dalam hal sekuriti telah-deposit tak tersenarai, nilai agregat nominal bagi sekuriti tersebut.

31

Seksyen 23

(1)

Sesuatu sekuriti yang telah dikeluarkan daripada suatu depositori pusat oleh seseorang pendeposit tidak boleh diperdagangkan di suatu pasaran saham melainkan jika ia didepositkan semula dengan suatu depositori pusat.

(2)

Sesuatu sekuriti yang didepositkan semula dengan suatu depositori pusat tidaklah boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu transaksi yang dilakukan di suatu pasaran saham sebelum daripada pendepositan semula sekuriti itu.

(3)

Jika sesuatu sekuriti didepositkan semula, peruntukan-peruntukan seksyen 18 hendaklah, berhubungan dengan sekuriti itu, terpakai mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai dalam hal pendepositan sesuatu sekuriti ditetapkan di bawah seksyen tersebut.

Seksyen 24

(1)

Sesuatu bursa saham boleh, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri, menyekat atau melarang pengeluaran mana-mana sekuriti telah-deposit atau kelas sekuriti telah-deposit (yang disebutharga pada senarai rasminya) bagi apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai.

(2)

Sesuatu bursa saham hendaklah, selepas sahaja mencapai suatu keputusan untuk menyekat atau melarang pengeluaran sekuriti-sekuriti telah-deposit,—

(a)

memaklumkan depositori pusat mengenai keputusan tersebut; dan

(i)

sekuriti-sekuriti telah-deposit yang disekat atau dilarang daripada dikeluarkan; dan

(ii)

tempoh sekatan atau larangan tersebut, melalui iklan dalam tidak kurang daripada tiga buah akhbar kebangsaan harian, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris.

32

(3)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sekuriti-sekuriti sub by AA1039 telah-deposit tak tersenarai.

(2)

Seseorang ejen depositori diberikuasa yang berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit sebagai prinsipal hendaklah, berhubungan dengan urusniaga tersebut, membuka dan menyenggarakan suatu akaun sekuriti dengan depositori pusat.

Seksyen 25

PENGGAL III—AKAUN-AKAUN SEKURITI DAN REKOD-REKOD

(1)

Tiada seorang pun boleh berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit tanpa terlebih dahulu mempunyai suatu akaun sekuriti.

(3)

Sesuatu depositori pusat boleh mewujudkan berlainan jenis akaun-akaun sekuriti untuk orang-orang yang berlainan golongan.

Seksyen 26

(1)

Sesuatu depositori pusat hendaklah mengeluarkan kepada semua pendeposit penyata-penyata akaun berkenaan dengan kesemua sekuriti telah-deposit yang dipegang dalam penjagaan oleh, atau didaftarkan atas nama, depositori pusat itu atau syarikat namaannya untuk pendeposit-pendeposit itu pada masa dan mengikut cara yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyen (1), seseorang pendeposit bolehlah, pada bila-bila masa, melalui notis bertulis, menghendaki depositori pusat mengeluarkan kepadanya suatu penyata akaun berkenaan dengan kesemua atau mana-mana sekuriti telah-deposit yang pada masa itu dipegang dalam penjagaan oleh, atau didaftarkan atas nama, depositori pusat itu atau syarikat namaannya bagi pihak pendeposit itu.

(3)

Sesuatu depositori pusat hendaklah, apabila menerima suatu notis bertulis di bawah subseksyen (2) dan setelah dibayar apa-apa caj yang dikenakan di bawah kaedah-kaedah, mengeluarkan kepada pendeposit itu penyata yang dikehendaki itu.

(4)

Sesuatu penyata akaun yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai kebenaran perkara-perkara yang dinyatakan dalam penyata itu.

Seksyen 27

(1)

Sesuatu depositori pusat hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan rekod-rekod dan akaun-akaun, dengan cukup terperinci, untuk menunjukkan butirbutir—

(a)

semua wang yang diterima atau dibayar oleh depositori pusat itu, termasuklah dividendividen yang diterima berkenaan dengan manamana sekuriti telah-deposit dan pembayaran dividendividen itu kepada pendepositpendeposit;

(b)

semua pendapatan yang diterima daripada komisen-komisen, fee-fee, caj-caj dan sumbersumber lain, dan semua perbelanjaan, komisen, dan pembayaran lain yang dibuat atau dibayar oleh depositori pusat itu;

(c)

semua aset dan liabiliti (termasuk liabiliti kontingen) depositori pusat itu;

(d)

semua sekuriti telah-deposit dan butir-butir yang menunjukkan untuk siapa skrip-skrip dan suratcara-suratcara pemindahan berkenaan dengan skrip-skrip itu adalah dipegang dan butir-butir yang menunjukkan pengeluaran-pengeluaran sekuriti-sekuriti itu;

(e)

semua belian dan jualan sekuriti-sekuriti telah-deposit dan butir-butir mengenai urusniaga-urusniaga lain yang dibuat berkenaan dengannya, caj-caj dan kredit-kredit yang timbul daripadanya, identiti pembeli dan penjual bagi setiap sekuriti telah-deposit itu atau, dalam hal urusniaga-urusniaga lain, identiti orang-orang yang menyempurnakan urusniaga-urusniaga itu dan orang-orang yang kepadanya urusniaga-urusniaga tersebut disempurnakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Sesuatu catatan dalam rekod-rekod atau akaun-akaun hendaklah menyatakan tarikh dan masa catatan itu dibuat dan, dalam hal suatu catatan yang dibuat oleh seseorang, identiti orang itu.

(3)

Sesuatu catatan dalam rekod-rekod atau akaun-akaun suatu depositori pusat hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah dibuat oleh, atau dengan kuasa, depositori pusat itu.

Seksyen 28

(1)

Bagi maksud menentusahkan ketepatan manamana rekod atau akaun yang disimpan olehnya menurut Akta ini dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sesuatu depositori pusat hendaklah, sebelum atau pada akhir tiap-tiap suku tahun kewangan (dalam seksyen ini disebut "tempoh ditetapkan"), menjalankan suatu pengiraan stok semua skrip yang merupakan sekuriti-sekuriti telah-deposit dan apa-apa dokumen lain berhubungan dengannya yang dipegang dalam penjagaan oleh, atau atas nama, depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

(4)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai, mutatis mutandis bagi tiap-tiap ejen depositori diberikuasa.

(2)

Depositori pusat itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas berakhirnya tempoh ditetapkan itu, mengemukakan—

(a)

dalam hal di mana terdapat di antara sekuriti-sekuriti telah-deposit itu sesuatu sekuriti telah-deposit tersenarai, kepada bursa saham (di mana sekuriti telah-deposit itu disenaraikan), penerbit-penerbit dan Pendaftar; dan

(b)

dalam hal di mana tidak terdapat di antara sekuriti-sekuriti telah-deposit itu sesuatu sekuriti telah-deposit tersenarai, kepada penerbit-penerbit dan Pendaftar, suatu laporan mengenai keputusan pengiraan stok tersebut, dan laporan itu hendaklah, jika berkenaan, menyatakan apakah tindakan yang depositori pusat itu bercadang untuk mengambil berkenaan dengan apa-apa kekurangan dalam bilangan skrip-skrip yang merupakan sekuriti-sekuriti telah-deposit itu atau apa-apa dokumen lain berhubungan dengannya atau berkenaan dengan apa-apa ketaktepatan lain dalam rekod-rekod atau akaun-akaunnya.

(3)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyen (1), Pendaftar boleh, jika dia tidak berpuas hati dengan laporan itu atau jika difikirkannya sesuai, pada bila-bila masa, menjalankan, atau melantik seorang juruaudit syarikat diluluskan untuk menjalankan, suatu pengiraan stok semua skrip yang merupakan sekuriti-sekuriti telah-deposit itu dan apa-apa dokumen lain berhubungan dengannya.

(4)

Jika Pendaftar tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan kepadanya oleh suatu depositori pusat di bawah subseksyen (2), dan menjalankan, atau melantik seorang juruaudit syarikat diluluskan untuk menjalankan, suatu pengiraan stok skrip-skrip menurut subseksyen (3), kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Pendaftar berkenaan dengannya hendaklah ditanggung oleh depositori pusat itu.

(5)

Pendaftar boleh,—

(a)

setelah menerima suatu laporan daripada depositori pusat itu; atau

(b)

setelah menerima suatu laporan daripada seorang juruaudit yang dilantik oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3); atau

(c)

selepas menjalankan suatu pengiraan stok menurut subseksyen (3), atau 4

memberi depositori pusat itu arahan-arahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(6)

Sesuatu depositori pusat yang gagal, tanpa alasan yang sah, untuk mematuhi mana-mana arahan yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

36

PENGGAL IV—TRANSAKSI SEKURITI, CATATAN DAN PELBAGAI

(2)

Tertakluk kepada Bahagian ini, sesuatu urusniaga yang dilaksanakan di bawah seksyen ini hendaklah berkuatkuasa—

(a)

dalam hal sekuriti bukan pembawa, tanpa memerlukan suatu suratcara secara bertulis; dan

Seksyen 29

(1)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis, sesuatu urusniaga oleh seseorang pendeposit berkenaan dengan sesuatu sekuriti telah-deposit hendaklah dilaksanakan melalui suatu catatan dalam akaun sekuriti pendeposit itu.

(b)

dalam hal sekuriti pembawa, tanpa memerlukan penyerahan skrip yang merupakan sekuriti itu.

Seksyen 30

Sesuatu catatan dalam akaun sekuriti berkenaan dengan sesuatu urusniaga hendaklah—

(a)

dalam hal akaun sekuriti yang diwujudkan dan disenggarakan secara langsung oleh suatu depositori pusat, disifatkan sebagai telah dibuat oleh, atau dengan kuasa, depositori pusat itu; dan

(b)

dalam hal akaun sekuriti yang diwujudkan melalui, dan disenggarakan oleh, ejen depositori diberikuasa bagi pihak suatu depositori pusat, disifatkan sebagai telah dibuat oleh, atau dengan kuasa, ejen depositori diberikuasa itu.

Seksyen 31

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila menerima suatu notis bertulis daripada seseorang pendeposit, membuat suatu catatan dalam akaun sekuriti berkenaan dengan sesuatu urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit yang telah disempurnakan oleh pendeposit itu di luar pasaran saham sepertimana dinyatakan olehnya dalam notis itu.

(2)

Depositori pusat itu atau ejen depositori diberikuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, sebelum membuat catatan itu, menghendaki pengemukaan oleh pendeposit itu akan mana-mana dokumen atau suratcara yang menjadi keterangan urusniaga tersebut.

Seksyen 32

Sesuatu catatan dalam akaun sekuriti yang dibuat di bawah seksyen 30 dan 31 hendaklah menyatakan tarikh dan masa catatan itu dibuat dan, dalam hal suatu catatan yang dibuat oleh seseorang, identiti orang yang membuat catatan itu.

Seksyen 33

Suatu rekod mengenai sesuatu catatan dalam akaun sekuriti berkenaan dengan sesuatu urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai kebenaran perkara-perkara yang direkodkan itu.

Seksyen 34

(1)

Penerbit mana-mana sekuriti telah-deposit boleh, melalui notis bertulis, menghendaki suatu-depositori pusat mengeluarkan kepadanya suatu rekod pendeposit-pendeposit yang di dalam akaun-akaun sekuriti mereka sekuriti-sekuriti itu berada dalam kredit pada tarikh notis itu atau apa-apa tarikh lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Rekod pendeposit-pendeposit yang dikehendaki oleh sesuatu penerbit di bawah subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh depositori pusat itu dalam tempoh yang berikut:

(a)

dalam hal di mana penerbit menghendaki pengeluaran suatu rekod pendeposit-pendeposit—

(i)

sepertimana pada tarikh notis itu, tidak lewat daripada tiga hari pasaran dari tarikh tersebut;

11A1016

(ii)

sepertimana pada suatu tarikh yang terkemudian daripada tarikh notis itu (dalam seksyen ini disebut sebagai "tarikh terkemudian tersebut"), tidak lewat daripada tiga hari pasaran selepas tarikh terkemudian tersebut;

(b)

dalam hal di mana penerbit menghendaki pengeluaran suatu rekod pendeposit-pendeposit sepertimana pada suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh notis itu (yang bukanlah suatu tarikh yang lebih awal daripada satu tahun), tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh notis itu.

(3)

Rekod pendeposit-pendeposit hendaklah mengandungi nama, alamat, nombor kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, jika ada, bangsa, kerakyatan, dan apa-apa maklumat lain dan butir-butir mengenai pendeposit-pendeposit itu sebagaimana yang dikehendaki oleh penerbit itu, dan dalam hal penerbit yang adalah suatu syarikat yang mempunyai modal syer, suatu pernyataan mengenai bilangan sekuriti-sekuriti telah-deposit yang diperolehi oleh setiap pendeposit.

(4)

Rekod pendeposit-pendeposit yang didapatkan oleh penerbit di bawah seksyen ini hendaklah tersedia ada untuk pemeriksaan oleh mana-mana anggota penerbit itu (termasuklah seseorang pendeposit) tanpa sebarang caj dan oleh mana-mana orang lain, setelah membuat bayaran sebanyak satu ringgit atau suatu jumlah wang yang kurang daripadanya sebagaimana yang dikehendaki oleh penerbit itu, berkenaan dengan setiap pemeriksaan.

(5)

Mana-mana anggota sesuatu penerbit atau manamana orang lain boleh menghendaki penerbit itu memberikan kepadanya suatu salinan rekod pendepositpendeposit, atau mana-mana bahagian daripadanya, tetapi hanya setakat yang berhubungan dengan nama-nama, alamat-alamat, dan bilangan sekuriti-sekuriti yang dipegang, setelah membuat bayaran terlebih dahulu sebanyak satu ringgit, atau suatu jumlah wang yang kurang daripadanya sebagaimana yang dikehendaki oleh penerbit itu, berkenaan dengan tiap-tiap seratus perkataan atau sebahagian pecahannya yang dikehendaki disalinkan.

(6)

Salinan rekod pendeposit-pendeposit, atau manamana bahagiannya, yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) hendaklah dibekalkan kepada orang yang menghendaki salinan itu dalam tempoh dua puluh satu hari atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh/Pendaftar dalam halkeadaan itu, bermula dari hari selepas tarikh penerimaan permintaan itu oleh penerbit itu.

Seksyen 35

(1)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965, seseorang pendeposit mana-mana sekuriti telah-deposit yang namanya terdapat dalam rekod pendeposit-pendeposit hendaklah berhak kepada semua hak, faedah, kuasa dan keistimewaan dan tertakluk kepada semua liabiliti, tugas dan obligasi yang berkenaan dengan, atau yang timbul daripada, sekuriti tersebut (sama ada yang diberikan atau dikenakan oleh Akta Syarikat 1965, atau memorandum atau perkara-perkara persatuan penerbit, atau selainnya) seolah-olah dia adalah seorang anggota yang didaftarkan dalam daftar anggota-anggota yang disenggarakan oleh penerbit sekuriti tersebut menurut Akta tersebut, dan bukannya depositori pusat itu, atau syarikat namaannya, yang atas namanya sekuriti telah-deposit itu didaftarkan.

(2)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyen (1), tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyifatkan rekod pendepositpendeposit sebagai daftar anggota-anggota yang disimpan menurut seksyen 158 Akta Syarikat 1965.

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "sekuriti telah-deposit" tidaklah termasuk sesuatu sekuriti yang dinyatakan dalam akaun sekuriti sebagai berada dalam gantungan menurut seksyen 41 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Sesuatu depositori pusat yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 36

(1)

Tiada depositori pusat boleh membeli, memperolehi, atau selainnya berurusniaga dengan, manamana sekuriti telah-deposit sebagai prinsipal selain daripada bagi sesuatu maksud dan mengikut sesuatu cara yang dibenarkan oleh Menteri di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 37

(1)

Jika, menurut seksyen 14, sesuatu bursa saham menetapkan bahawa mana-mana sekuriti yang dicadangkan untuk disenaraikan bagi disebutharga pada senarai rasminya hendaklah didepositkan dengan suatu depositori pusat, penerbit sekuriti tersebut atau pembuat tawaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam prospektus yang dikeluarkan oleh penerbit atau pembuat tawaran tersebut berkenaan dengannya, memberitahu orang awam tentang fakta bahawa sekuriti itu adalah suatu sekuriti yang telah ditetapkan sedemikian.

(2)

Apabila selesainya pengumpukan atau penguntukan sekuriti tersebut, penerbit atau pembuat tawaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dengan serta-merta menyerahkan atau menyebabkan diserahkan kepada depositori pusat itu suatu rekod pemohon-pemohon yang berjaya bersama-sama dengan butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh depositori pusat itu bagi maksud membuat catatan-catatan yang sesuai dalam akaun-akaun sekuriti pemohon-pemohon itu masing-masing, bersama-sama dengan skripskrip (dalam peringkat-peringkat nilai seperti yang dinyatakan oleh depositori pusat itu) yang didaftarkan atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "pembuat tawaran", berhubungan dengan mana-mana sekuriti, ertinya pemunya sekuriti itu.

(4)

Sesuatu sebutan mengenai sekuriti yang dicadangkan untuk disenaraikan di suatu bursa saham dalam seksyen ini hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai sesuatu sekuriti yang telah diluluskan oleh bursa saham itu untuk disenaraikan bagi disebutharga pada senarai rasmi bursa saham itu.

(5)

Tanpa menjejaskan subsekysen (2), peruntukanperuntukan dalam seksyen 107 Akta Syarikat 1965tidaklah, berhubungan dengan sekuriti-sekuriti yang disebutkan dalam subseksyen (1), terpakai bagi penerbitsekuriti itu.

Seksyen 38

(1)

Jika sesuatu penerbit, berhubungan dengan manama sekuriti telah-deposit,—

(a)

membuat suatu terbitan bonus, atau menerbitkan sekuriti-sekuriti menurut suatu terbitan hak atau penukaran mana-mana sekuriti hutang; atau

(b)

menerbitkan sekuriti-sekuriti menurut penjalanan apa-apa hak atau opsyen untuk memperolehi sekuriti-sekuriti dalam modal syer penerbit itu, penerbit itu hendaklah memberitahu depositori pusat itu nama-nama penerima umpukan bersama-sama dengan butir-butir yang dikehendaki oleh depositori pusat itu bagi maksud membuat catatan-catatan yang sesuai dalam akaun-akaun sekuriti penerima-penerima umpukan itu masing-masing, dan hendaklah menyerahkan kepada depositori pusat itu skrip-skrip yang berkenaan (dalam peringkat-peringkat nilai seperti yang dinyatakan oleh depositori pusat itu) yang didaftarkan atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

(2)

Melainkan jika dia telahpun mempunyai suatu akaun sekuriti yang sedia ada, seseorang hendaklah membuka suatu akaun sekuriti sebelum memperolehi mana-mana sekuriti yang disebutkan dalam subseksyen (1).

Seksyen 39

Mana-mana orang yang bertujuan hendak mengunderait mana-mana sekuriti yang dicadangkan untuk disenaraikan di suatu bursa saham atau manamana terbitan hak berkenaan dengan mana-mana sekuriti telah-deposit hendaklah membuka suatu akaun sekuriti.

Seksyen 40

(1)

Jika sesuatu sekuriti telah-deposit adalah digadaikan atau disandarkan oleh seseorang pendeposit (dalam seksyen ini disebut sebagai "penggadai" atau "pembuat sandaran") kepada mana-mana orang (dalam seksyen ini disebut sebagai "pemegang gadaian" atau "pemegang sandaran"), sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa, yang dengannya atau melaluinya akaun sekuriti pendeposit itu disenggarakan, hendaklah, atas suatu permintaan secara bertulis yang dibuat oleh pendeposit, pemegang gadaian atau pemegang sandaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memindahkan atau menyebabkan dipindahkan sekuriti tersebut ke dalam akaun sekuriti pemegang gadaian atau pemegang sandaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disenggarakan bagi maksud tersebut.

(2)

Jika suatu permintaan adalah dibuat oleh pemegang gadaian atau pemegang sandaran sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1), permintaan tersebut hendaklah disokong oleh dokumen-dokumen yang menjadi keterangan yang gadaian atau sandaran tersebut dibuat kepadanya.

(3)

Akaun sekuriti yang disenggarakan oleh pemegang gadaian atau pemegang sandaran menurut subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai "Akaun Sekuriti Sandaran".

(4)

Jika gadaian atau sandaran ke atas sesuatu sekuriti telah-deposit telah diselesaikan atau dilepaskan, depoşitori pusat itu atau ejen depositori diberikuasanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila menerima suatu notis secara bertulis daripada pemegang gadaian atau pemegang sandaran itu yang mengesahkan demikian, memindahkan sekuriti telah-deposit tersebut ke dalam akaun sekuriti penggadai atau pembuat sandaran itu.

(5)

Peruntukan-peruntukan berhubungan dengan pemindahan atau pengeluaran sekuriti-sekuriti telah-deposit hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi sekuriti-sekuriti dalam Akaun Sekuriti Sandaran.

Seksyen 41

Sesuatu depositori pusat boleh menyatakan bahawa mana-mana sekuriti telah-deposit dalam suatu akaun sekuriti adalah berada dalam gantungan dalam manamana hal-keadaan yang berikut:

(a)

jika pemindahan sekuriti tersebut atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya belum, atau tidak boleh, didaftarkan oleh penerbitnya di bawah seksyen 18;

(aa)...

(b)

jika depositori pusat itu telah disampaikan dengan suatu perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten yang melarang apa-apa urusniaga berkenaan dengan sesuatu sekuriti telah-deposit;

(c)

jika suatu perintah di bawah peraturan 8 Peraturan-Peraturan Perlu (Perlindungan kepada Pendeposit) 1986 telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia dan disiarkan dalam Warta;

(d)

jika suatu permohonan di bawah seksyen 22 bagi pengeluaran sekuriti tersebut telah dibuat oleh seseorang pendeposit; atau

(e)

dalam apa-apa hal-keadaan lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Bahagian IV

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KERAHSIAAN

Seksyen 42

Tiap-tiap depositori pusat dan ejen depositori diberikuasa hendaklah mengambil segala langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat dan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal pendeposit-pendeposit, dan khususnya, yang berhubungan dengan akaun-akaun sekuriti mereka, daripada apa-apa akses, pengubahan, pendedahan atau penyebaran yang tidak dibenarkan.

d/AA1039

Seksyen 43

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, tiada seorang pun pengarah atau pegawai sesuatu depositori pusat atau seseorang ejen depositori diberikuasa, sama ada dalam masa tempoh jawatannya atau dalam masa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyai apa-apa cara akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen apa jua pun yang berhubungan dengan hal-ehwal mana-mana pendeposit, dan khususnya, yang berhubungan dengan akaun-akaun sekuriti mereka, boleh memberikan, membuka, menzahirkan atau selainnya mendedahkan maklumat atau dokumen tersebut kepada mana-mana orang.

(2)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa-apa cara jua pun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 44

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 13(2), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan ejen depositori diberikuasa yang adalah—

(a)

suatu institusi berlesen sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; atau

(b)

suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, untuk memberikan, membuka, menzahirkan atau selainnya mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen kepada mana-mana orang berlanggaran dengan Akta-Akta tersebut.

Seksyen 45

(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, tiada apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang lain atau seksyen 43 boleh memberikan hak kepada mana-mana orang untuk enggan mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen—

(a)

yang pendeposit, atau wakil dirinya, telah memberikan kebenaran secara bertulis untuk didedahkan;

(b)

dalam hal di mana pendeposit diisytiharkan bankrap, atau, jika pendeposit itu suatu perbadanan, perbadanan itu sedang atau telah digulung, di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;

(c)

bagi maksud memulakan, atau semasa berlangsungnya, apa-apa prosiding civil—

(i)

di antara suatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa dengan seorang pendeposit berhubungan dengan akaun sekuriti pendeposit itu; atau

(ii)

di antara suatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa dengan dua pihak atau lebih yang membuat tuntutantuntutan bertentangan ke atas sekuriti-sekuriti atau wang dalam akaun sekuriti pendeposit, jika depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa itu meminta relief dengan cara interplider;

(d)

kepada mana-mana orang yang diberikuasa dengan sewajarnya untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, yang pendedahan sedemikian adalah, dalam mana-mana hal, terhad kepada akaun sekuriti dan hal-ehwal pendeposit yang disyaki melakukan kesalahan itu;

(e)

kepada sesuatu depositori pusat bagi maksudmaksud penyusunan rekod pendepositpendeposit, atau mana-mana bahagiannya, dibawah seksyen 34 Akta ini;

(f)

kepada sesuatu penerbit berkenaan dengan sesuatu rekod pendeposit-pendeposit yang dikeluarkan di bawah seksyen 34 Akta ini;

(g)

bagi maksud membolehkan atau membantu Menteri menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

(h)

bagi maksud membolehkan atau membantu Bank Negara Malaysia menunaikan fungsifungsinya di bawah Ordinan Bank Negara Malaysia 1958, Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Bank Islam 1983 atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

(1)

bagi maksud membolehkan atau membantu Pendaftar menunaikan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;

(j)

bagi maksud membolehkan atau membantu suatu bursa saham atau tempat penjelasan bagi suatu bursa saham menunaikan fungsifungsinya;

(k)

bagi maksud membolehkan atau membantu juruaudit-juruaudit sesuatu depositori pusat dan ejen-ejen depositori diberikuasa menunaikan fungsi-fungsi mereka;

(l)

dalam suatu ringkasan atau koleksi maklumat yang dirangka dengan sedemikian cara sehingga tidak membolehkan identiti mana-mana pendeposit yang dimaksudkan oleh maklumat itu dipastikan.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, tiada apa-apa jua dalam seksyen 43 boleh memberikan hak kepada mana-mana orang untuk enggan mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen kepada Menteri jika pendedahan itu dikehendaki demi kepentingan pelabur-pelabur atau demi kepentingan awam.

Seksyen 46

(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2), sesuatu depositori pusat boleh memberi ejen-ejen depositori diberikuasanya, sesuatu bursa saham (di mana sekuriti-sekuriti telah-deposit disenaraikan), sesuatu tempat penjelasan bagi bursa saham tersebut, penerbit-penerbit dan mana-mana orang lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, akses kepada sistem komputernya.

(2)

Menteri boleh, bagi maksud mengawalselia akses kepada sistem komputer, menetapkan melalui peraturan-peraturan takat mana-mana pengguna atau golongan pengguna boleh mempunyai, atau dilarang dariipada mempunyai, akses kepada sistem tersebut.

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

ialah seorang pengguna, dengan menyalahi undang-undang, mendapatkan akses, atau cuba mendapatkan akses, kepada sistem komputer suatu depositori pusat, sama ada melalui apa-apa alat atau radas yang menjadi sebahagian daripada sistem komputer itu atau melalui apa-apa cara lain, melampaui takat yang dia dibenarkan untuk mempunyai akses oleh depositori pusat itu di bawah subseksyen (1);

(b)

dengan menyalahi undang-undang, mendapatkan akses, atau cuba mendapatkan akses, kepada sistem komputer suatu depositori pusat, sama ada melalui apa-apa alat atau radas yang menjadi sebahagian daripada sistem komputer itu atau melalui apa-apa cara lain; atau

(c)

dengan menyalahi undang-undang, mengganggu, atau menggendalakan, atau cuba mengganggu atau menggendalakan, pengendalian sistem komputer suatu depositori pusat, adalah melakukan suatu kesalahan.

(4)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Bahagian V

KESALAHAN-KESALAHAN

Seksyen 47

Jika sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasanya menyimpan atau menyenggarakan suatu rekod atau akaun yang dikehendaki disimpan atau disenggarakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini melalui sesuatu alat mekanikal, alat elektronik, atau apaapa alat lain, mana-mana orang yang—

(a)

merekodkan atau menyimpan, melalui alat itu, maklumat yang dia mengetahui atau patut mengetahui adalah palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material;

(b)

(i)

memalsukan; atau

(ii)

dengan niat untuk memalsukan, memusnahkan atau membuang—

(aa) maklumat yang direkodkan atau disimpan melalui alat itu;

(bb) maklumat yang telah disediakan bagi maksud untuk direkodkan atau disimpan melalui alat itu;

(cc)

maklumat yang telah disediakan untuk digunakan dalam menyusun rekod-rekod;

(dd)

maklumat yang telah disediakan untuk digunakan dalam mendapatkan kembali maklumat lain yang telah direkodkan atau disimpan melalui alat itu;

(c)

mempunyai kewajipan untuk merekodkan atau menyimpan maklumat melalui alat itu, gagal merekodkan atau menyimpan maklumat sedemikian—

(i)

dengan niat untuk memalsukan, pada keseluruhan atau sebahagiannya, manamana catatan yang dibuat, atau rekod yang hendak disusun, daripada maklumat yang telah direkodkan atau disimpan; atau

(ii)

dengan mengetahui bahawa kegagalan untuk merekodkan atau menyimpan maklumat itu dengan demikian akan menjadikan palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material maklumat lain yang direkodkan atau disimpan sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 48

(1)

Seseorang yang—

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah mana-mana rekod atau akaun yang dikehendaki disimpan atau disenggarakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini; atau

(b)

menghantar atau cuba menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk menghantar keluar daripada Malaysia mana-mana rekod atau akaun sedemikian, dengan niat untuk memfraud mana-mana orang, atau untuk menahan, melengahkan atau menghalang pelaksanaan sesuatu pemeriksaan, penyiasatan atau pengauditan, atau penjalanan sesuatu kuasa di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 49

(1)

Mana-mana orang yang mengemukakan apa-apa maklumat yang dia mengetahui adalah palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material atau secara melulu mengemukakan apa-apa maklumat yang adalah palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material—

(a)

bagi maksud, atau berkaitan dengan, apa-apa permohonan di bawah Akta ini; atau

(b)

dengan berupa sebagai mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.

Seksyen 50

Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, manamana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai eksekutif atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu, sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan kepada jenis fungsifungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal-keadaan.

Penalti am.

Seksyen 51

Seseorang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian VI

Seksyen 52

Tiada apa-apa jua pun, melainkan jika diperuntukkan dengan khusus dalam Bahagian ini, boleh membenarkan apa-apa penyiasatan oleh Pendaftar mengenai urusan—

(a)

sesuatu bank, bank saudagar atau sesuatu syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, atau sesuatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 atau sesuatu bank yang ditubuhkan di bawah suatu Akta Parlimen; atau

(b)

seseorang peniaga, wakil peniaga atau peniaga terkecuali sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

Seksyen 53

(1)

Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, jika difikirkannya terdapat sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian, secara bertulis—

(v)

seseorang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pegawai atau pekerja, atau seorang ejen, peguambela dan peguamcara, juruaudit, atau orang lain yang bertindak atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak, suatu depositori pusat, atau syarikat namaannya, atau seorang ejen depositori diberikuasa, atau seorang pengguna, yang menghendaki pengemukaan, kepada Pendaftar, akan rekod-rekod atau akaun-akaun sebagaimana yang dinyatakan sedemikian, yang adalah rekod-rekod dan akaun-akaun yang berhubungan dengan—

(vi)

urusan atau hal-ehwal suatu depositori pusat atau syarikat namaannya, atau seorang ejen depositori diberikuasa, atau seorang pengguna;

(vii)

apa-apa rekod atau akaun yang dikehendaki untuk disimpan menurut seksyen 27; atau

(b)

memberi suatu arahan kepada mana-mana orang yang menghendaki pengemukaan, kepada Pendaftar, akan apa-apa rekod atau akaun yang berhubungan dengan perkara-perkara yang disebutkan dalam subperenggan (a) (vi) atau (a) (vii) yang berada dalam penjagaan atau di bawah kawalan orang itu:

Dengan syarat bahawa pengemukaan rekod atau akaun tersebut tidak boleh dikehendaki pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang akan mengganggu penjalanan wajar urusan harian biasa orang itu.

(2)

Sesuatu sebutan dalam subseksyen (1) mengenai urusan yang dijalankan oleh seseorang hendaklah disifatkan sebagai termasuklah sebutan mengenai urusan yang dijalankan oleh seseorang sebagai pemegang amanah.

(3)

Jika Pendaftar menghendaki pengemukaan apa-apa rekod atau akaun di bawah seksyen ini dan seseorang ada mempunyai lien ke atas rekod atau akaun itu, maka pengemukaan rekod atau akaun tersebut tidaklah menjejaskan lien itu.

(4)

Jika Pendaftar menjalankan kuasa di bawah seksyen ini untuk menghendaki seseorang lain supaya mengemukakan rekod-rekod atau akaun-akaun—

(a)

jika rekod-rekod atau akaun-akaun itu dikemukakan, Pendaftar—

(i)

boleh mengambil milikan rekod-rekod atau akaun-akaun itu dan membuat salinan-salinan, atau mengambil cabutancabutan daripada, rekod-rekod atau akaun-akaun itu;

(ii)

boleh menghendaki orang lain itu atau mana-mana orang lain yang menjadi pihak dalam penyusunan rekod-rekod atau akaun-akaun itu untuk membuat suatu pernyataan yang memberi penjelasan mengenai mana-mana daripada rekod-rekod atau akaun-akaun itu;

(iii)

boleh memegang milikan rekod-rekod atau akaun-akaun itu selama mana yang difikirkan perlu oleh/Pendaftar; dan

(iv)

hendaklah membenarkan orang lain itu, apabila memberi notis yang munasabah dan perihalan mengenai rekod-rekod atau akaun-akaun itu, untuk mempunyai akses kepada rekod-rekod atau akaun-akaun itu yang berada dalam milikan Pendaftar; atau

(b)

jika rekod-rekod atau akaun-akaun itu tidak dikemukakan, Pendaftar boleh menghendaki orang lain itu—

(i)

untuk menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana rekod-rekod atau akaun-akaun itu boleh dijumpai; dan

(ii)

untuk mengenalpasti orang yang, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, akhir sekali mempunyai penjagaan rekod-rekod atau akaun-akaun itu dan untuk menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang yang akhir disebut itu boleh dijumpai.

(5)

Kuasa yang diberikan oleh seksyen ini untuk membuat suatu kehendak ke atas seseorang itu, jika orang tersebut adalah suatu pertubuhan perbadanan, adalah meliputi kuasa untuk membuat kehendak itu ke atas manamana orang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pegawai pertubuhan perbadanan itu.

(6)

Seseorang yang, tanpa alasan yang sah, enggan atau gagal mematuhi suatu kehendak yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, hendaklah, sebagai tambahan, boleh dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas hari keempat belas dari tarikh orang tersebut dikehendaki mematuhi kehendak tersebut.

Seksyen 54

(1)

Jika Pendaftar mempunyai alasan-alasan munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan atau bahawa terdapat di mana-mana premis tertentu apa-apa rekod atau akaun yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut kuasa seksyen 53 dan yang telah tidak dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, maka dia boleh—

(i)

dalam hal premis yang diduduki oleh sesuatu depositori pusat atau pengguna, untuk meneliti, memeriksa dan mengendalikan keseluruhan atau manamana bahagian sistem komputer itu; dan

(ii)

dalam hal premis yang diduduki oleh mana-mana orang lain, untuk memecah-buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti besi, kotak atau bekas lain, dan jika suatu sistem komputer (yang bukanlah suatu sistem komputer yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta ini) dipasang dalam premis tersebut, untuk meneliti, memeriksa dan mengendalikan keseluruhan atau mana-mana bahagian sistem tersebut; dan

(b)

meneliti dan mengambil milikan, atau menjaminkan daripada diganggu, apa-apa rekod, dokumen atau material lain yang dijumpai di premis tersebut yang boleh menjadi keterangan bagi kesalahan tersebut.

(2)

Kuasa-kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada, dan bukannya sebagai mengurangkan, mana-mana kuasa lain yang diberikan di bawah Akta ini atau oleh mana-mana undangundang bertulis yang lain.

Seksyen 55

Seseorang yang—

(a)

dengan sengaja menghalang atau menggalang Pendaftar pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 53 atau seksyen 54; atau

(b)

gagal tanpa alasan yang munasabah untuk memberi kepada Pendaftar apa-apa bantuan sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki olehnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 56

(1)

Pendaftar boleh menghendaki sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasanya untuk mendedahkan kepadanya, berhubungan dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan sekuriti-sekuriti telahdeposit, apa-apa maklumat termasuk nama orang yang daripadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti-sekuriti itu telah diperolehi, atau yang kepadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti-sekuriti itu telah dilupuskan, nombor-nombor akaun sekuriti mereka dan catatan-catatan yang dibuat dalam akaun-akaun sekuriti tersebut dan jenis arahan-arahan yang diberikan kepada depositori pusat itu atau ejen depositori diberikuasanya berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu.

(2)

Pendaftar boleh menghendaki seseorang pendeposit untuk mendedahkan kepadanya sama ada dia telah memperolehi atau melupuskan sekuriti-sekuriti telah-deposit tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai pemegang amanah untuk, atau bagi pihak, seseorang lain dan, jika dia telah memperolehi atau melupuskan sekuriti-sekuriti tersebut sebagai pemegang amanah untuk, atau bagi pihak, seseorang lain, untuk mendedahkan nama orang lain itu dan jenis apa-apa arahan yang diberikan kepada pendeposit itu berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu.

(3)

Seseorang yang, tanpa alasan munasabah, gagal mematuhi kehendak Pendaftar-di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima-puluh-ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 57

Jika/Pendaftar mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang itu telah melakukan suatu kesalahan di bawah sesuatu peruntukan Akta ini atau akan melakukan suatu perbuatan yang, jika dilakukan, adalah menjadi suatu kesalahan di bawah sesuatu peruntukan Akta ini, dia boleh membuat penyiasatan yang difikirkannya suaimanfaat bagi pentadbiran wajar Akta ini.

Seksyen 58

(1)

Jika—

(a)

atas permohonan Pendaftar, adalah ternyata kepada Mahkamah Tinggi bahawa seseorang—

(i)

telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini berhubungan dengan apa-apa urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit; atau

(ii)

telah melanggar kaedah-kaedah suatu depositori pusat; atau

(iii)

akan melakukan suatu perbuatan berkenaan dengan apa-apa urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit yang, jika dilakukan, adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau adalah menjadi suatu pelanggaran kaedah-kaedah suatu depositori pusat; atau

(b)

atas permohonan suatu depositori pusat, adalah ternyata kepada Mahkamah Tinggi bahawa seseorang telah melanggar kaedah-kaedah depositori pusat tersebut,

Mahkamah Tinggi boleh, tanpa menjejaskan apa-apa perintah yang ia berhak membuat selain daripada menurut seksyen ini, membuat satu atau lebih daripada perintah-perintah berikut:

(c)

dalam hal pelanggaran-pelanggaran yang kerap atau berterusan terhadap Akta ini, atau terhadap kaedah-kaedah suatu depositori pusat, suatu perintah menyekat seseorang daripada bertindak sebagai ejen depositori diberikuasa atau daripada mengemukakan dirinya sebagai bertindak demikian;

(d)

suatu perintah menyekat seseorang daripada mengeluarkan atau selainnya berurusniaga dengan mana-mana sekuriti telah-deposit yang dinyatakan dalam perintah itu;

(e)

bagi maksud menjaminkan pematuhan apa-apa perintah lain yang dibuat di bawah seksyen ini, suatu perintah mengarahkan seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan tertentu; dan

(f)

apa-apa perintah sampingan yang disifatkan sebagai diingini berbangkit daripada pembuatan sesuatu perintah di bawah mana-mana peruntukan yang terdahulu dalam subseksyen ini.

(2)

Mahkamah Tinggi boleh, sebelum membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan supaya notis permohonan itu diberikan kepada mana-mana orang yang difikirkannya patut atau mengarahkan supaya notis permohonan itu disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua-tahun atau kedua-duanya.

(4)

Subseksyen (3) tidaklah menyentuh kuasa-kuasa Mahkamah Tinggi berhubungan dengan hukuman bagi penghinaan mahkamah.

(5)

Mahkamah Tinggi boleh membatalkan, mengubah atau melepaskan sesuatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantungkan penguatkuasaan sesuatu perintah tersebut.

Bahagian VII

Seksyen 59

Sesuatu depositori pusat dan ejen-ejen depositori diberikuasanya hendaklah menyimpan semua rekod dan akaun untuk suatu tempoh selama tujuh tahun, sama ada atau tidak mereka terhenti menjalankan urusan mereka sebelum berakhirnya tempoh tujuh tahun itu.

Seksyen 60

Pendaftar-boleh, tanpa memulakan prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini selain daripada kesalahan-kesalahan di bawah subseksyen 3(2), 13(4), 43(3) dan 46(3) dan seksyen 47 dan 48, mengkompaun mana-mana kesalahan dengan menuntut dan menerima daripada orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum (termasuk denda harian, jika ada) yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan kesalahan itu, dan sesudah itu—

(a)

jika orang itu membayar amaun tersebut kepada Pendaftar dalam masa empat belas hari selepas tuntutan itu, prosiding tidak boleh diambil terhadapnya berhubungan dengan kesalahan itu; atau

(b)

jika orang itu tidak membayar amaun yang dituntut itu dalam masa empat belas hari, Pendaftar boleh menyebabkan prosiding dimulakan berhubungan dengan kesalahan itu.

Seksyen 61

Pendakwaan bagi mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini boleh dijalankan oleh Pendaftar atau oleh mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis oleh Pendaftar.

Seksyen 62

Tiada seorang pun boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan, atau diperintahkan supaya dilakukan, atau ditinggalkan daripada dilakukan, olehnya dengan suci hati dan dengan maksud menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas, yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini.

Seksyen 63

(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suaimanfaat bagi menjalankan atau mencapai tujuan-tujuan dan maksud-maksud Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan bolehlah dibuat bagi—

(a)

menetapkan borang-borang bagi maksud-maksud Akta ini;

(b)

menetapkan fee-fee yang hendaklah dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki bagi maksud-maksud Akta ini;

d/AA1016

(c)

menetapkan cara dan bentuk dalam mana akaun-akaun sekuriti hendaklah dibuka, disenggarakan atau ditutup oleh sesuatu depositori pusat dan ejen-ejen depositori diberikuasanya, termasuklah cara membuat catatan-catatan di dalam akaun-akaun tersebut;

(d)

menetapkan hal-keadaan dalam mana sesuatu sekuriti telah-deposit dalam suatu akaun sekuriti boleh dinyatakan oleh sesuatu depositori pusat sebagai berada dalam gantungan di bawah seksyen 41;

(e)

mengawalselia perlantikan ejen-ejen depositori diberikuasa dan syarikat-syarikat namaan dan pengenaan kewajipan-kewajipan, obligasi-obligasi dan sanksi-sanksi ke atas ejen-ejen dan syarikat-syarikat tersebut;

(f)

mengawalselia penubuhan dan pengendalian sistem komputer termasuklah terminal-terminal komputer yang menjadi sebahagian daripada sistem tersebut;

(g)

mengawalselia cara yang mengikutnya sekuriti-sekuriti telah-deposit hendaklah disimpan bagi penjagaan selamat oleh sesuatu depositori pusat;

(h)

mengawalselia semua perkara yang berhubungan dengan pendepositan sekuriti-sekuriti tak tersenarai dengan sesuatu depositori pusat dan ejen-ejen depositori diberikuasanya;

(i)

menetapkan maksud-maksud lain yang baginya sesuatu depositori pusat boleh melantik ejen-ejen depositori diberikuasa di bawah perenggan 13(1)(e);

(j)

menetapkan jenis-jenis pertubuhan perbadanan yang boleh dilantik untuk bertindak sebagai ejenejen depositori diberikuasa di bawah perenggan 13(2)(g);

(k)

mengawalselia aktiviti-aktiviti, dan piawaian-piawaian yang hendaklah disenggarakan oleh, sesuatu depositori pusat dan ejen-ejen depositori diberikuasanya;

(1)

menetapkan masa dan cara dalam mana penyatapenyata akaun hendaklah dikeluarkan oleh sesuatu depositori pusat kepada pendepositpendepositnya di bawah seksyen 26;

(m)

menetapkan cara yang mengikutnya rekod-rekod hendaklah disimpan dan disenggarakan oleh sesuatu depositori pusat, ejen-ejen depositori diberikuasanya dan syarikat-syarikat namaannya di bawah Akta ini;

(n)

menetapkan maksud-maksud yang baginya, dan cara yang mengikutnya, Pendaftar boleh menjalankan pengiraan stok skrip-skrip yang dipegang dalam penjagaan oleh atau atas nama, sesuatu depositori pusat atau syarikat-syarikat namaannya;

(0)

menetapkan semua perkara berhubungan dengan penyenggaraan insurans, dan penubuhan dan penyenggaraan kumpulan-kumpulan wang pampasan, oleh sesuatu depositori pusat, syarikat-syarikat namaannya dan ejen-ejen depositori diberikuasanya bagi maksud menyelesaikan tuntutan-tuntutan oleh pendeposit-pendeposit terhadap depositori pusat, syarikat namaan dan ejen depositori diberikuasa itu;

(p)

perkara-perkara berhubungan dengan pengeluaran sijil-sijil jumbo di bawah seksyen 20;

(q)

menetapkan mana-mana orang lain yang boleh mempunyai akses kepada sistem komputer sesuatu depositori pusat;

(r)

menetapkan takat yang padanya mana-mana pengguna atau golongan pengguna boleh mempunyai akses kepada sistem komputer sesuatu depositori pusat;

(s)

perkara-perkara berhubungan dengan rangkaian-rangkaian di antara sesuatu depositori pusat dan lain-lain depositori-depositori sekuriti yang ditubuhkan di luar Malaysia; dan

(t)

semua perkara atau benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini untuk ditetapkan atau yang perlu atau suaimanfaat untuk melaksanakan Akta ini.

Sebutan mengenai penerima umpukan dalam Akta

Syarikat 1965.

Seksyen 64

Bagi maksud-maksud pemakaian Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan mana-mana sekuriti telah deposit, sebutan mengenai seseorang penerima umpukan dalam Akta itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai seseorang pendeposit yang, menurut kuasa seksyen 35 Akta ini, adalah disifatkan sebagai seorang anggota syarikat yang membuat pengumpukan itu.

d//0A942

Seksyen 65

Walau apa pun seksyen 69A Akta Syarikat 1965, Pendaftar tidak boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini, menghendaki sesuatu depositori pusat, syarikat namaannya atau ejen depositori diberikuasanya untuk memberikan maklumat dan butirbutir pemegangan syer yang disebutkan dalam seksyen itu.

Seksyen 66

(1)

Bagi maksud-maksud pemakaian seksyen 102 Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan mana-mana sekuriti telah-deposit, sebutan mengenai seseorang pemunya dalam seksyen tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai sesuatu depositori pusat walaupun pendaftaran sekuriti itu di atas nama depositori itu atau syarikat namaannya di bawah seksyen 18 Akta ini masih belum selesai.

(2)

Subseksyen 102 (2) Akta Syarikat 1965 tidaklah terpakai bagi sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang telahpun didaftarkan atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

Seksyen 67

Bagi maksud-maksud pemakaian subseksyen 103 (3) Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan mana-mana sekuriti telah-deposit, sebutan mengenai sesuatu syarikat dalam seksyen tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai sesuatu depositori pusat, atau ejen depositori diberikuasa, yang dengannya atau melaluinya si mati itu mempunyai suatu akaun sekuriti.

Seksyen 68

Bagi maksud-maksud pemakaian perenggan 166(1)(a) dan 166(1)(c) Akta Syarikat 1965, sebutan-sebutan mengenai anggota-anggota sesuatu syarikat awam dalam perenggan-perenggan tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai termasuklah pendeposit-pendeposit yang disifatkan sebagai anggota-anggota syarikat itu menurut kuasa seksyen 35 Akta ini.

Common questions

What is Securities Industry (Central Depositories) Act 1991?
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 453 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
Is Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 still in force?
Yes — Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 is currently in force.
When did Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 take effect?
Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 was first recorded in 1991.
How many sections does Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 have?
Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 contains 71 sections.
Where can I read the official version of Securities Industry (Central Depositories) Act 1991?
The official text of Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.