Skip to content

Seksyen 10

Pengosongan jawatan

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 10 of 46
Seksyen 10
(1)

Jawatan seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(h) hendaklah menjadi kosong jika—

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri; atau

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

(2)

Jika seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(h) terhenti menjadi anggota Majlis, Perdana Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.