Skip to content

Seksyen 17

Pengosongan jawatan anggota jawatankuasa

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 17 of 46
Seksyen 17
(1)

Jawatan seseorang anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 16 hendaklah dikosongkan jika—

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Majlis; atau

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Majlis.

(2)

Jika seseorang anggota jawatankuasa terhenti menjadi anggota,

Majlis boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.