Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian II · Agensi Inovasi Malaysia
6. Kuasa Agensi
Feedback & supportAgensi hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau secara munasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Agensi termasuklah kuasa—
untuk menjalankan semua aktiviti, terutamanya aktiviti yang bersifat komersial, yang didapatinya perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
Agensi Inovasi Malaysia 11
tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, untuk meminta maklumat mengenai perkara yang berhubungan dengan inovasi bagi mencapai pelaksanaan fungsinya; dan
tertakluk kepada subseksyen (3), untuk mengenakan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan dalam menjalankan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya.
Apa-apa fi atau caj yang dikenakan hendaklah ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41.