Seksyen 13
Minit
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
ActIn forceProvision 13 of 46
Seksyen 13
(1)
Majlis hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3)
Tiap-tiap mesyuarat
Majlis yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subseksyen (1) dan (2)
hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.