Seksyen 12
Tatacara mesyuarat
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
ActIn forceProvision 12 of 46
Seksyen 12
(1)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Majlis.
(2)
Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis, dia boleh melantik mana-mana anggota
Majlis untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat.
(3)
Kuorum Majlis ialah lima orang.
(4)
Tiap-tiap anggota kecuali Ketua Pegawai Eksekutif berhak mendapat satu undi.
(5)
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang menggantikan Pengerusi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai undi pemutus.
(6)
Majlis boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Agensi Inovasi Malaysia 15