Skip to content

Seksyen 18

Penzahiran kepentingan

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 18 of 46
Seksyen 18
(1)

Mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung apa-apa kepentingan berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Majlis atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingannya itu.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas penzahiran di bawah subseksyen (1), anggota itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan

Majlis atau jawatankuasa itu; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, berhubung dengan perkara itu.

(4)

Anggota Majlis atau jawatankuasa yang melanggar subseksyen

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Majlis atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

Agensi Inovasi Malaysia 19