Seksyen 11
Mesyuarat
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
ActIn forceProvision 11 of 46
Seksyen 11
(1)
Majlis hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis oleh Pengerusi.
(2)
Pengerusi boleh membenarkan penggunaan video secara langsung, sambungan televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia sesuai yang lain bagi maksud mana-mana mesyuarat
Majlis.