Skip to content

Seksyen 15

Ketetapan tanpa mesyuarat

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 15 of 46
Seksyen 15
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh, jika perlu, meluluskan sesuatu ketetapan tanpa bermesyuarat.

(2)

Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi:

(a)

semua anggota Majlis telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memaklumkan semua anggota Majlis mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

(b)

semua anggota Majlis menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Majlis.