Seksyen 8
Anggota silih ganti
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
Perdana Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(b) hingga (f), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Majlis apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Majlis, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai anggota
Majlis.
(3)
Seorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Majlis.