Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
46O. Had ke atas kewajipan pemegang amanah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemegang amanah syer yang ditetapkan tidak mempunyai tanggungjawab fidusiari atau kewajipan berjagajaga berkenaan dengan harta, atau penjalanan hal ehwal syarikat, kecuali apabila bertindak, atau dikehendaki untuk bertindak, atas suatu tuntutan campur tangan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), pemegang amanah syer yang ditetapkan—
tidak dikehendaki membuat apa-apa siasatan tentang sama ada apa-apa fakta wujud yang akan, atau mungkin, sama ada dengan atau tanpa apa-apa maklumat lain, membentuk asas bagi suatu tuntutan campur tangan;
tidak mempunyai obligasi untuk memaklumkan mana-mana orang berkepentingan mengenai apa-apa fakta yang diketahuinya, atau yang disyakinya, adalah berkenaan dengan harta syarikat atau penjalanan hal ehwal syarikat; dan
tidak boleh menanggung liabiliti sebagai pensubahat bagi pelanggaran kewajipan pengarah oleh sebab apa-apa peninggalan di pihak pemegang amanah untuk mengambil tindakan apabila pemegang amanah menyedari, atau mengesyaki, bahawa telah atau akan berlaku pelanggaran sedemikian, atau oleh sebab apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mematuhi peruntukan seksyen 46G.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Bahagian V