Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2016Read it in English

Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan

11. Kajian semula

Feedback & support
(1)

Setiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh

Menteri di bawah subseksyen 6(1) atau (3), atau di bawah seksyen 7, atau di bawah subseksyen 11A(1) hendaklah, selama ia berkuat kuasa dan sama ada atau tidak representasi di bawah seksyen 9 telah dibuat, dikaji semula oleh suatu Lembaga Penasihat tidak lebih awal daripada dua belas bulan dari tarikh perintah atau arahan itu dan bagaimanapun juga tidak lewat daripada tiga bulan sebelum tempoh yang disebut dalam perintah atau arahan itu habis tempoh:

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 19

Dengan syarat bahawa Menteri boleh, pada bila-bila masa sepanjang tempoh tahanan atau sekatan yang dikenakan oleh perintah atau arahan itu, mengarahkan Lembaga Penasihat supaya mengkaji semula kes itu.

(2)

Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai membuat setiap kajian semula di bawah seksyen ini, mengemukakan kepada Menteri, sebelum tempoh tahanan atau sekatan itu habis tempoh, suatu laporan bertulis mengenai setiap kajian semula itu.

(3)

Jika Lembaga Penasihat telah melaporkan bahawa pada pendapatnya tahanan atau sekatan itu patut dihentikan, Menteri hendaklah membatalkan perintah tahanan atau perintah sekatan itu.

(4)

Jika Lembaga Penasihat telah melaporkan bahawa pada pendapatnya tahanan atau sekatan itu patut diteruskan, Menteri boleh meneruskan tahanan atau sekatan orang yang berkenaan.

Kuasa Menteri melanjutkan perintah tahanan, perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung

Report