Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
19. Kesalahan oleh orang berdaftar
Feedback & supportMana-mana orang berdaftar yang didapati ada bersama dengan mana-mana orang berdaftar yang lain tanpa kebenaran
Pegawai Penjaga Daerah Polis di mana dia tinggal melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak tahu dan tidak ada sebab untuk mengesyaki bahawa orang yang didapati ada bersama dengannya itu adalah seorang orang berdaftar.
Dalam subseksyen (1), “orang berdaftar” termasuklah—
mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
mana-mana orang yang mengenainya butir-butir boleh didaftar dari jenis yang disebut dalam subperenggan (b)
dalam takrif “butir-butir boleh didaftar” dalam seksyen 2
Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak
Diingini 1969 terkandung dalam salah satu daftar yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau (2) Akta itu; dan
mana-mana orang yang tertakluk pada pengawasan polis di bawah seksyen 295 Kanun Tatacara Jenayah.