Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
9. Representasi terhadap perintah tahanan
Feedback & supportSatu salinan setiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1) hendaklah disampaikan kepada orang yang kepadanya perintah itu berkaitan dengan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat, dan setiap orang yang sedemikian hendaklah berhak membuat representasi kepada suatu Lembaga
Penasihat.
Bagi maksud membolehkan seseorang membuat representasi di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, pada masa disampaikan kepadanya perintah itu—
diberitahu haknya membuat representasi kepada suatu
Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan
diberi oleh Menteri suatu pernyataan bertulis—
mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 316
mengenai pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
mengenai butir-butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin diperlukan dengan munasabahnya oleh orang itu untuk membuat representasinya terhadap perintah itu kepada
Lembaga Penasihat.
Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah mengenai cara bagaimana representasi boleh dibuat dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.