Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2016Read it in English

Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan

5A. Kesalahan kerana tidak hadir untuk memberikan keterangan, dsb

Feedback & support

Bagi maksud subseksyen 5(3), mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki untuk hadir yang tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang ditujukan secara sah kepadanya, atau enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report