Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2016Read it in English

Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan

18. Penghapusan nama dari daftar

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu perintah di bawah subseksyen 6(1) atau (3), atau sesuatu arahan di bawah subseksyen 11A(1), tamat tempoh atau dimansuhkan atau dibatalkan supaya orang yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat tidak lagi tertakluk pada apa-apa jua sekatan atau syarat, Pendaftar hendaklah menghapuskan nama orang itu dan segala catatan mengenainya dari daftar dengan serta-merta.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa menurut budi bicaranya, mengarahkan Pendaftar menghapuskan nama mana-mana orang dari daftar, dan selepas itu orang itu hendaklah terhenti dari menjadi orang berdaftar, melainkan jika dan sehingga namanya dicatatkan semula kemudiannya dalam daftar menurut seksyen 17.

Report