Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
10. Laporan Lembaga Penasihat
Feedback & supportJika mana-mana orang telah membuat representasi di bawah subseksyen 9(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh penerimaan representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri arahan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri dan setiap keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah, tertakluk pada seksyen 11, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.