Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
11B. Section 11B
Feedback & supportWalau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen 6(1), atau mana-mana perintah sekatan yang dibuat di bawah subseksyen 6(3), atau mana-mana perintah tahanan yang digantung, atau mana-mana arahan di bawah subseksyen 11A(1) bagi perlanjutan jangka masa mana-mana perintah sedemikian, jika difikirkannya adil atau patut berbuat demikian.
Apa-apa pembatalan di bawah subseksyen (1) tidaklah menjejaskan kesahan perintah atau arahan sebelum pembatalannya atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya, atau kuasa Menteri untuk membuat perintah tahanan baru di bawah subseksyen 6(1) atau perintah sekatan baru di bawah subseksyen 6(3) atau memberikan arahan baru di bawah subseksyen 11A(1) berkenaan dengan orang yang terhadapnya perintah atau arahan yang dibatalkan itu telah dibuat atau diberi.